CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1142|Reply: 0

[Perak] Palsukan surat JMB, warga asing 'meriah' di D'Aman Residensi

[Copy link]
Post time 28-9-2023 03:15 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Fazli bersama beberapa penduduk menunjukkan lampiran surat yang didakwa palsu. FOTO Muhammad Zulsyamini Sufian Suri.

Ipoh: Palsukan surat kelulusan Badan Pengurusan Bersama (JMB) untuk membenarkan puluhan unit kediaman di pangsapuri mampu milik dijadikan asrama lebih 160 warga asing.

Itu yang berlaku di D'Aman Residensi di Halaman Meru Aman, Meru Raya di sini menyebabkan JMB di situ terpaksa tampil mendedahkan tindakan sebuah agensi syarikat yang menguruskan penginapan pekerja warga asing menyebabkan jumlah komuniti itu semakin bertambah.

Pengerusi JMB Halaman Meru Aman, Mohd. Fazli Othman berkata, pihaknya tidak pernah meluluskan kawasan perumahan itu dijadikan penempatan warga asing, selain mendakwa terdapat pemalsuan surat kebenaran dibuat agensi berkenaan kononnya diberi kelulusan.

Menurutnya, D'Aman Residensi dijadikan asrama pekerja warga asing oleh agensi berkenaan sejak tahun 2020 menyebabkan ia diajukan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) tidak berhasil membuahkan penyelesaian serta tindakan.

"Agensi terbabit sememangnya mendapat kebenaran dari JTK sejak 2021 bagi perumahan ini dijadikan asrama warga asing. Namun kami dapati kelulusan itu dibuat tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pihak kami sendiri.

"Malah kami di JMB D'Aman Residensi mendapati terdapat pemalsuan surat kelulusan pihak kami dipercayai dibuat pihak agensi berkenaan biarpun pihak mereka tidak mengaku melakukannya.

"Lawatan dan pemantauan dari pihak berkuasa yang berkenaan berhubung isu ini juga tidak pernah diadakan di kawasan perumahan ini," katanya dalam sidang media di D'Aman Residensi di sini semalam.

Menurutnya, susulan masalah itu, pihaknya mengetatkan proses keluar masuk selain berusaha sebaik mungkin menyekat sebarang kemasukan baharu komuniti itu namun malangnya ada yang tetap lolos.

"Kami sudah berunding dengan agensi itu mengenai pemalsuan surat terbabit namun mereka tidak mengaku, malah mereka cuba menceroboh ke kawasan JMB D'Aman Residensi beberapa kali, malah laporan polis pun kami sudah buat terhadap mereka," katanya.

Menurutnya, kebanjiran warga asing di penempatan itu membawa beberapa masalah antaranya ketidakselesaan penduduk termasuk menyebabkan kawasan berkenaan kotor selain ancaman dari aspek keselamatan terutama wanita dan kanak-kanak.

Seorang penduduk, Mohammad Shafique Mohammed Hatta, 38, berkata, bilangan warga asing yang semakin bertambah menyebabkan penduduk tidak selesa kerana ada yang bersikap biadap apabila minum minuman keras secara terbuka.

Menurutnya, ketidakadilan juga berlaku apabila terdapat rata-rata pemilik yang menyewakan rumah kepada warga asing culas membayar yuran penyelenggaraan kira-kira RM137 sebulan dengan anggapan warga asing yang lazimnya tiada kenderaan sendiri tidak memerlukan kad akses di pintu masuk perumahan.

"Kad akses keluar masuk kawasan D'Aman Residensi boleh dikenakan sekatan jika pemilik enggan membayar atau mempunyai bayaran tertunggak dalam nilai tertentu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -di-daman-residensi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 9687 Replies : 1
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33100 Replies : 90
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 39754 Replies : 76
Edisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita bekas adik ipar kok ping luah perasaan spill tea di IGStory?
QatrunnadaainEdisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita
Views : 41528 Replies : 196
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 177751 Replies : 1682
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 23732 Replies : 93
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 7677 Replies : 1
Nikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,Nurulhidayah Ahmad Zahid   lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
YgBenarNikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,
Views : 11079 Replies : 3
Menunggu cinta tuhan
maklukpenggodaMenunggu cinta tuhan
Views : 11540 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.061706 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list