View: 3728|Reply: 31
|
Dua Lelaki Sado Buka Baju Tayang Badan Di Kedai Makan "Pengotor, Tak Hormat Orang Lain"
[Copy link]
|
|
Dua lelaki sado meraih perhatian ramai gara-gara membuka baju ketika menjamu selera di Jalan Alor, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Ahad malam.
Video yang dikongsi oleh Firdauz Ahmad Fuad, 27, menerima banyak usikan nakal netizen, namun ada yang kurang senang dan menganggap aksi tersebut tidak wajar dilakukan di kedai makan.
Foto: IG
"Aku kalau ada kat situ tak boleh nak makan, asyik tengok ni je.
"Tak jadi nak makan. Cuci mata je la kita.
"Kedai makan ni bang, bukan gim," tulis beberapa netizen.
Firdauz berkata aksi itu hanya dilakukan dalam masa beberapa saat sahaja sebagai simbolik untuk meraikan kebebasan mereka selepas dua bulan menjalani diet ketat untuk pertandingan bina badan.
"Seorang lagi lelaki dalam video itu merupakan trainee saya. Kami baru habis pertandingan bina badan yang berlangsung dari pagi sampai petang Ahad. Kami diet dua bulan untuk persiapan pertandingan itu. Lama tak makan benda sedap-sedap.
"Selepas habisnya pertandingan itu, kami mahu menikmati makanan di Jalan Alor untuk meraikan kebebasan kami. Bila dapat makan dengan bebas, ia sudah tentu dapat boost kesihatan mental dan otot.
"Masa tu kami buka baju dalam empat ke lima saat saja. Kemudian terus pakai balik. Orang pun mungkin tak perasan. Penerimaan orang kat situ juga positif," katanya kepada mStar.
Video yang dimuat naik Firdauz turut dikongsi oleh individu lain ke media sosial sehingga mereka berdua dianggap pengotor dan tidak menghormati pengunjung kedai makan itu.
Menurut Firdauz, dia tidak kecil hati membaca kecaman netizen kerana aksi 'buka baju' merupakan satu kelaziman bagi mana-mana individu yang terlibat dalam dunia bina badan.
"Saya baca komen-komen di media sosial. Kami cuma nak enjoy life sekejap saja. Orang di situ pun tiada masalah. Paling teruk ada orang cakap yang mereka akan muntah kalau mereka nampak aksi kami. Siap kata kami pengotor.
Kata Firdauz, mereka berdua membuka baju sebagai meraikan kebebasan selepas lama menjalani diet untuk pertandingan bina badan.
"Saya tak kecil hati. Orang yang bina badan dah biasa buka baju. Kalau badan tak siap, kami tak akan buka baju," ujarnya berseloroh.
Dalam pertandingan bina badan yang berlangsung di ibu negara pada Ahad, kedua-dua mereka turut meraih kemenangan dalam kategori masing-masing, sekali gus 'membayar' segala penat lelah persiapan selama dua bulan.
Firdauz juga kini sedang melakukan persiapan untuk pertandingan bina badan peringkat antarabangsa yang dijangka berlangsung pada November depan.
Untuk rekod, kisah Firdauz yang terlibat dalam sukan bina badan pernah mendapat liputan mStar pada Januari lalu.
Pada waktu itu, Firdauz juga tular kerana dia berkongsi video 'glow up' yang memaparkan perubahan wajah dan giginya yang berlaku sejak beberapa tahun lalu. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
jangan jadi cam K-Pop Mulayu 24/7 tu udohlerrrrrr
|
|
|
|
|
|
|
|
muka mcm jamban pecah...kalau kau gay nak comolot tunjuk badan ketak2 kau tu buat kat rumah je la |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu: jangan jadi cam K-Pop Mulayu 24/7 tu udohlerrrrrr <a href="http://i.imgur.com/xY9NHtt.jpg" target="_blank">http://i.imgur.com/xY9NHtt.jpg</a>
Yg ini dah jadi punda .. ekeke
|
|
|
|
|
|
|
|
badan sado ka,badan sekeping serendah ka.... semua tu ank2 saiya. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan kalau buka tinggal spender ja ka...
|
|
|
|
|
|
|
|
sop katak jalan alor. yumm.. sedap
|
|
|
|
|
|
|
|
Jalan Alor?
Gerai halal ker tuuu? |
|
|
|
|
|
|
|
antikorok replied at 27-9-2023 05:11 PM
Jalan Alor?
Gerai halal ker tuuu?
Ada campur rice wine ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Macam badan org lain, kepala org lain punya |
|
|
|
|
|
|
|
spesis batak perhatian...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kalau x cukup duit syiling, boleh kutip syiling dkt dua org ni |
|
|
|
|
|
|
|
Biar x hensem janji beradab |
|
|
|
|
|
|
|
ntah aku tengok mcm kenakalan anak-anak muda jer... sepatutnya tak ada apa sebab sekejap sangat... yg masalahnya nak jugak viral.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari sini dah terbau aroma ketiak |
|
|
|
|
|
|
|
Yg Tameen tu dlu kna kecam kaw2 sbb awl2 tu dia pkai nama Taemin, member SHINee. Sbb tu dia tukar ke Tameen Srsly klakar & dlu ada ex schoolmate iol yg suka kat dorg ni, gila.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|