CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1067|Reply: 0

Nur Aiman mahu rampas jersi Putih

[Copy link]
Post time 27-9-2023 12:27 PM | Show all posts |Read mode

NUR AIMAN memasang impian untuk menawan perlumbaan Peringkat 5 yang menawarkan zon pendakian berstatus ‘hors’ di Genting Highlands hari ini. – AMIR KHALID

IPOH – Pelumba kebangsaan, Muhammad Nur Aiman Rosli tekad bangkit untuk merampas semula jersi Putih Terbaik Asia dari pasukan Thailand di Peringkat 5 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 yang akan melibatkan pertempuran sejauh 126.4 kilometer dari Slim River ke Genting Highlands hari ini.

Aiman yang meraih jersi Putih pada Peringkat Ketiga Jeli-Baling (183.1km) tersebut gagal mempertahankan jersi Terbaik Asia itu selepas dirampas oleh pelumba pasukan Thailand Continental Cycling, Ratchanon Yaowarat yang menguasai zon pecutan di Bagan Serai pada Peringkat 4 (Bukit Mertajam-Meru Raya, Ipoh) semalam.

Keputusan itu membolehkan Yaowarat meraih bonus tiga saat, sekali gus menguasai jersi Putih dengan kelebihan empat saat (s) dihadapan selepas menamatkan saingan dengan catatan keseluruhan 16 jam 1 satu minit 16s.

Bagaimanapun, Aiman me­ngakui pada perlumbaan yang berakhir di Meru Raya, Ipoh itu, dia hanya menggunakan 50 peratus tenaganya kerana memasang impian untuk menawan perlumbaan Peringkat 5 yang menawarkan zon pendakian berstatus ‘hors’ di Genting Highlands.

“Strategi bukan tak berjaya tetapi tak dirancang sebab saya terlepas jaga pelumba Thailand. Jadi, kami tak nak bazir masa untuk kejar kerana esok (hari ini) adalah saat penting terutama perlumbaan Peringkat 5 mempunyai zon pendakian mencabar. Kalau boleh kami nak rampas balik jersi Asia ini dekat Genting Highlands.

“Kalau hari ini kami bekerja keras dan di situ tenaga sudah habis. Sebab itu saya dan pasukan hanya berikan 50 peratus hari ini dan tekad buat balik pada perlumbaan di Genting,” katanya sejurus tamat perlumbaan semalam.

Perlumbaan Peringkat 5 yang bermula di Slim River dan berakhir di Genting akan melibatkan dua zon pecutan di Tanjung Malim dan Gombak.

Selepas itu, seramai 22 pasukan akan memberi tumpuan pada peringkat pendakian ‘Queen Stage’ yang bermula di Rawang Bypass (kategori 4) dan seterusnya pendakian berstatus Hors di Genting Highlands.
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... rampas-jersi-putih/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.118720 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list