CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1258|Reply: 0

[Perak] Kembara hikayat serba moden

[Copy link]
Post time 27-9-2023 10:57 AM | Show all posts |Read mode

PENGUNJUNG diberikan penerangan ringkas mengenai persembahan Pengembaraan Satu Malam di Kongsi KL.

Ipoh: Sekumpulan anak seni menggabungkan instrumen tradisional bersama teknologi audio-visual moden dalam persembahan unik dinamakan 'Pengembaraan Satu Malam' di Kongsi KL, Kuala Lumpur pada Februari lalu.

Pengarahnya, Ahmed Iwaz Hamdy, 37, berkata, karya seni rentas bidang itu hasil gabungan tiga pihak iaitu Supercodex, No-to-scale dan Gangsapura yang sememangnya mahu mencipta kelainan dalam penyampaian mereka.

Beliau yang juga pengasas bersama Supercodex, berkata, pada asalnya pihaknya berbincang bersama agensi seni dan reka bentuk spatial, No-to-scale mengenai persembahan yang disifatkan menjangkau julat kebiasaan pengalaman orang ramai melalui penggunaan ruang.

"Saya memang sudah lama tertarik dengan seni warisan kita. Apabila masuk ke kelas Gamelan anjuran Gangsapura di KLPac, saya tergerak hati untuk berkolaborasi.

"Detik itulah juga tercetus idea untuk menggunakan gamelan, suatu seni kebudayaan yang rapat dengan masyarakat Malaysia dan pihak Gangsapura bersetuju bekerjasama dengan menghasilkan lagu mereka sendiri," katanya.

Menurut anak jati Kuantan, Pahang itu yang kini bermastautin di Ipoh, selepas perbincangan bersama ketiga-tiga pihak terbabit, mereka sebulat suara mengambil ilham peristiwa Israk dan Mikraj untuk dijadikan hikayat perjalanan seorang pengembara yang melalui pelbagai cabaran.

Jelasnya, persembahan itu disampaikan melalui tujuh lagu yang menggambarkan tujuh peringkat langit yang dilalui masing-masing berjudul Bumi, Seruan, Pintu Langit, Mikraj, Temu Mata, Dia dan Kembali.

"Cara penyampaian persembahan ini pula diilhamkan kaedah orang lama bercerita hikayat, di mana alatan muzik yang dimainkan Gangsapura menjadi tumpuan utama di tengah pentas dan pengunjung duduk santai mengelilingi pemain instrumen.

"Ada tujuh lagu disampaikan Gangsapura yang berkesinambungan antara satu sama lain membawa turun naik emosi penonton dibantu penggunaan media art installation hasil sentuhan No-to-scale dan kesan pergerakan visual oleh Supercodex," katanya.

Menurut Ahmed Iwaz, pihaknya bersyukur bakat seni mereka mendapat pengiktirafan kerajaan Perak melalui Dana Kreatif Perak@port iaitu sebuah inisiatif membantu pengkaryaan para penggiat seni anak-anak Perak berusia antara 18 hingga 45 tahun.

PORT adalah akronim kepada People of Remarkable Talent yang bertindak sebagai agensi peneraju flagship ke-10 Perak Sejahtera 2030 iaitu Ekonomi Pengalaman cetusan ilham Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad di bawah segmen Semarak Warisan.

Tanpa mendedahkan nilai dana yang diterima, Ahmed Iwaz berkata, geran itu dimanfaatkan sepenuhnya bagi persiapan persembahan 'Pengembaraan Satu Malam' yang berlangsung selama sembilan hari, 4 hingga 12 Februari lalu.

Tambahnya, persembahan itu boleh ditonton kini di platform YouTube melalui saluran Gangsapura.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hikayat-serba-moden
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.051678 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list