CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1123|Reply: 0

Cheong Min tunggu lima tahun tebus kecewa

[Copy link]
Post time 27-9-2023 10:41 AM | Show all posts |Read mode

Cheong Min menangis selepas menerima pingat perak acara wushu Sukan Asia. - Foto ihsan Majlis Olimpik Malaysia.

HANGZHOU: Tangisan penuh emosi atlet wushu negara, Tan Cheong Min jelas menggambarkan betapa berharganya pingat perak dimenanginya pada Sukan Asia 2022, hari ini.

Hakikat itu diakui sendiri Cheong Min terutama selepas terpaksa menanti sehingga lima tahun untuk menebus kekecewaannya pada edisi 2018 di Jakarta-Pelembang yang menyaksikan dia terlepas meraih sebarang pingat susulan sedikit kesilapan pada acara kedua.

"Saya tidak percaya saya dapat melakukannya tanpa sebarang penolakan mata dan ia meletakkan saya berada pada kedudukan kedua.

"Ini adalah pingat yang sangat bermakna buat saya kerana saya menunggu selama lima tahun. Ini juga pingat perak pertama buat Malaysia pada edisi kali ini.



"Jadi pingat ini bukan semata-mata untuk wushu tetapi untuk seluruh Malaysia. Terima kasih pada semua pihak yang membantu saya sehingga ke hari ini," kata Cheong Min.

Cheong Min, 25, memperaga persembahan bertenaga yang menyaksikan dia berjaya menamatkan saingan keseluruhan dengan 19.419 mata belakang jaguh dari China, Chen Huiying (19.590 mata) dalam acara gabungan nanquan dan nandao di Pusat Sukan Xiashon Guali.

Kejayaan dilakar Cheong Min menyaksikan kem wushu negara akhirnya berjaya menamatkan kemarau 13 tahun tanpa pingat di temasya terbabit.

Kali terakhir skuad wushu memenangi pingat di Sukan Asia adalah menerusi Chai Fong Ying yang meraih emas acara gabungan taijiquan dan taijijian pada edisi 2010 di Guangzhou, China.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -tahun-tebus-kecewa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Masyarakat mudah tertipu dengan lelaki segak
maklukpenggodaMasyarakat mudah tertipu dengan lelaki s
Views : 20410 Replies : 141
Pedas Malaya vs Pedas Sarawak
YgBenarPedas Malaya vs Pedas Sarawak
Views : 25928 Replies : 13
Lelaki panas hati ibubapa bukan sahaja drop anak depan sekolah tapi layan kerenah anak dan beri segala motivasi sebabkan 'q' depan sekolah jadi panjang
YgBenarLelaki panas hati ibubapa bukan sahaja d
Views : 12977 Replies : 29
Pakcik berkopiah hidap sakit jantung mengaku tak salah tipu tanah rizab Melayu seluas 649.2 hektar
mojarean_XPakcik berkopiah hidap sakit jantung men
Views : 6827 Replies : 77
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 88360 Replies : 2831
All about Ben Amir : Benomena Vol3
NekNgahAll about Ben Amir : Benomena Vol3
Views : 98757 Replies : 1536
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 56098 Replies : 2803
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 20830 Replies : 421
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 22393 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.170900 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list