CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2423|Reply: 1

[Pelbagai] Teori sendiri: Ecrypted laporan kesihatan dlm bentuk peribahasa melayu

[Copy link]
Post time 27-9-2023 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Hii semua salam perkenalan dari saya. Dah lama tak menulis di forum ini. Tulisan kalu ini saya nak kongsi teori saya tentang satu peribahasa yg saya fikir agak logik... maka utk nak tahu ada merit tentang teori ini saya kongsi tulisan dari fb saya beberapa tahun lepas. CP artikel kat bawah

DECRYPTING PERIBAHASA
.
Peribahasa yg dimaksudkan ialah "Hidung tak mancung, pipi pula tersorong-sorong" yg terjemahannya kitani diajar di sekolah sebagai di bawah ini:
Seseorang yg suka menonjolkan dirinya walaupun tiada yg mengalu-alukannya.
.
Setiap perkataan yg digunakan dalam peribahasa perlulah logik dan rasional utk pemikiran menerimanya. Bagaimana cara pagar nak makan padi atau apa kaitan batuk ditangga dgn maksud peribahasa yg berkenaan dan sekarang telah dibetulkan kesilapannya.
.
Hidung mancung boleh kita lihat tetapi cuba tunjukkan bentuk pipi yg tersorong-sorong.
.
Secara tak senghaja kediaku mendapat lintasan idea tentang rahsia peribahasa tersebut. Ianya adalah ayat encrypted sesuai dgn.budaya melayu ketika itu yg suka berkias terkhusus apabila berkomunikasi mrngenai dgn aib atau isu sensitif dalam masyarakat.
.
Ayat itu sebenarnya adalah perkataan atau lapuran petugas kesihatan di zaman itu untuk seorang pasien yg telah diperiksa tahap kesihatannya kepada yang lebih pakar dan berautoriti, mungkin pakar pesakit tuan.
.
Untuk menjaga maruah pesakit yg dirawat yg juga tokoh masyarakat, maka dikaranglah ayat sebegitu rupa yg apabila dibaca tiada yg tahu perkataan berbau melayu itu sebenarnya harus dibaca dalam bahasa inggeris utk mengetahui keadaan kesihatan pesakit.
.
1. Hi... Dung tak manchong
maksudnya: Dung (tahi) bentuk tahi individu itu tidak normal seperti tahi org sihat yg panjang2 dan manchong. Mungkin tahi individu itu bulat2 umpama tahi kambing. Sakitnya mungkin sembelit.
.
2. Pipi pulak tersorong-sorong
maksudnya: Peepee ( bekamih) pulak tersorong-sorong.... bila ia bekamih individu itu terpaksa meneran atau menyorongkan punggungnya kehadapan kerana menderita kencing tak lawas.

Definisi yg kediaku catatkan tiada rujukan mana2 bahan bertulis setakat pencarian google saya.

Mungkinkah zaman tertulisnya peribahasa jni di zaman koloni atau ketika hayat Munsyi Abdullah. Wallahu'alam.

Sekian kediaku catatkan, semoga dpt diambil manfaatnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2024 06:16 PM | Show all posts
Pemikiran luar kotak. Tak terfikir pula maksud peribahas ni begini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.076292 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list