CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 594|Reply: 0

Skuad takraw perlu waspada ancaman Laos

[Copy link]
Post time 26-9-2023 10:06 PM | Show all posts |Read mode
Skuad takraw perlu waspada ancaman Laos





AHMAD Jais (kiri) bersama pemain negara sebelum perlawanan menentang Korea Selatan, hari ini. FOTO FB PERSATUAN SEPAKTAKRAW MALAYSIA



Hangzhou: Skuad takraw lelaki negara perlu tampil dengan corak permainan lebih padu jika tidak mahu langkah mereka ke final bagi acara berpasukan lelaki di Sukan Asia 2022 disekat Laos, petang esok.

Itu peringatan daripada jurulatih, Ahmad Jais Baharun kepada anak buahnya yang menegaskan Laos mampu menggugat jika mereka gagal meneruskan momentum yang sudah dilakar dalam dua kemenangan ke atas Indonesia dan Korea Selatan, sebelum ini.

"Kita tidak boleh cepat berpuas hati dengan persembahan dan harus mantapkan lagi persiapan untuk separuh akhir esok.

"Walaupun kita lihat Laos bukan pencabar, tetapi tidak boleh memandang rendah mereka kerana prestasi mereka meningkat selepas menewaskan Jepun, hari ini.

"Ini memberikan satu petanda mereka akan berjuang berhabis-habisan untuk menentang kita dan mereka mahu layak ke final," katanya.

Justeru, Ahmad Jais menjelaskan tumpuan kini terarah kepada mereka untuk memperbaiki dari aspek pertahanan dan serangan meskipun ada peningkatan ditunjukkan ketika menang 3-0 ke atas Korea Selatan, hari ini.

"Tumpuan untuk aksi menentang Laos adalah dari segi serangan tekong, libasan apit kanan, bola pertama dan pertahanan supaya kita boleh mendapatkan rentak lebih baik.

"Selain pertahanan, kita perlukan serangan yang mantap supaya dapat mengucar-kacirkan pertahanan Laos," katanya.

Terdahulu, sekurang-kurangnya pingat gangsa berada dalam tangan skuad takraw lelaki negara selepas mara ke separuh akhir hasil kemenangan 3-0 ke atas Korea Selatan.

Prestasi hari ini lebih baik apabila mereka menang selesa 3-0, berbanding hanya menang 2-1 ke atas Indonesia pada aksi pertama.

SUMBER:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... aspada-ancaman-laos

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.852927 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list