CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2538|Reply: 0

Trio pecut lelaki, wanita menang gangsa

[Copy link]
Post time 26-9-2023 06:06 PM | Show all posts |Read mode

TRIO pecut lelaki negara yang memenangi pingat gangsa. FOTO AIDA ADILAH MAT

Hangzhou: Trio pecut lelaki dan wanita negara menyumbangkan dua pingat gangsa menerusi acara masing-masing, hari ini.

Trio wanita negara dibarisi Nurul Aliana Syafika Azizan, Nurul Izzah Izzati dan Anis Amira menghadiahkan khabar gembira apabila menyumbangkan gangsa selepas menewaskan trio Taiwan dengan catatan masa 49.025s berbanding lawan 50.344s.

Ia adalah pingat gangsa kedua buat kontinjen negara pada hari ketiga temasya selepas pelayar muda, Asnawi Iqbal Adam turut menyumbangkan gangsa dalam acara pelayaran.

Trio pecut lelaki turut membuktikan mereka mampu mengorak langkah lebih jauh apabila meraih gangsa dalam acara pecut berpasukan.

Membariskan dua pelumba muda, Umar Hasbullah dan Muhammad Ridwan yang tampil buat kali pertama di temasya Sukan Asia dan dibantu pelumba berpengalaman, Muhammad Fadhil Mohd Zonis, mereka mempamerkan kayuhan bertenaga untuk mengatasi trio Taiwan.

Barisan pelumba negara itu mencatatkan masa 44.165s manakala lawan dengan catatan 44.276s dalam perebutan gangsa.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... anita-menang-gangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.320169 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list