CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1636|Reply: 8

Wany Hasrita Akan Tayang Muka Anak Selepas Usia 3 Bulan

[Copy link]
Post time 26-9-2023 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Wany Hasrita benar-benar bersyukur dengan kehadiran cahaya mata sulungnya, Aishah Al Iman, yang lahir pada 9 Julai lalu.


“Alhamdulillah, perasaan itu penuh dengan rasa bersyukur.


“Sudah tentu saya lalui cabaran tersendiri, dengan kehadiran Aishah, suasana kehidupan saya sangat lain…berbeza. Dari segi pembawakan diri saya sendiri dan proses sesuaikan diri dengan rutin baru sangat mencabar.


Foto: IG




“Sebelum ini siapkan diri sendiri dan suami sahaja, sekarang ada anak kecil. Antara cabaran yang saya lalui adalah peel bayi ini sentiasa berubah-ubah, orang cakap berubah bulan, jadi kena belajar perangai baru dia sentiasa berubah,” katanya kepada XTRA.


Tambahnya agak sukar bagi dirinya untuk menjelaskan cabaran yang dilalui namun bersyukur merasai tempoh berpantang dengan baik sekali.


“Alhamdulillah, proses berpantang saya sangat ‘smooth’. Lebih bagus, ada ‘confinement lady’ yang menjaga ketika tempoh tersebut. Malah, saya juga ada ambil kelas sebagai rujukan, saya ambil sesi ‘one to one’ kelas penyusuan badan,” kongsinya lagi.




  



Usai tempoh berpantang, penyanyi genit ini kembali ke dunia kerjaya selepas sekian lama merehatkan diri.


Biarpun kembali bekerja selepas semakin pulih dan bertenaga, Wany akui jadual kerjanya berkecamuk pada mulanya namun mampu menguruskan masa dengan lebih baik.


“Habis sahaja pantang saya terus bekerja!


“Mulanya agak berterabur sedikit jadual saya, lagi-lagi selepas dah habis berpantang, bila ‘confinement lady’ dah pulang, jadi kitalah yang uruskan semua,” ujarnya.




  



Bagaimanapun, kelebihan dengan hadirnya insan bernama Aishah ini, kata Wany, dia mampu menguruskan masa dengan lebih baik.


“Dengan kehadiran Aishah, saya juga belajar curi waktu untuk selesaikan semua perkara dengan baik. Mujur juga ada ibu saya yang tolong jaga Aishah sama.


“Kalau soal kerja, saya tidaklah terlalu memilih tapi sedikit sebanyak mungkin agak mempengaruhi,” katanya ketika disoal adakah akan selektif dengan sebarang tawaran show selepas ini.


  



Sementara itu, jika menjengah ke profil Wany, dia turut membuka akaun Instagram (IG) kepada puteri kecilnya itu. Ia sekali gus membuatkan peminat tidak sabar untuk menatap wajah comel Aishah kelak.


Malah, ramai yang turut bertanyakan bilakah penyanyi ini akan mendedahkan wajah Aishah. Ini jawapan Wany.


“Mungkin lepas tiga bulan,” ujarnya ringkas.




  



Dalam pada itu, ditanya mengenai perkembangan kariernya yang terkini, Wany teruja apabila bakal mengeluarkan single istimewa buat cahaya matanya itu.


“Insya-Allah, lagu solo baru akan menyusul, berjudul Cinta Hatiku. Lagu ini khas buat Aishah,” kongsinya teruja.


  



Wany Hasrita sah menjadi milik lelaki pilihannya, Mohd Al-Adib yang berasal dari Kuching, Sarawak pada 22 Julai 2022 selepas menjalin cinta sejak 2019. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2023 09:52 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Misshaidnipas tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah haiii...tak tunjuk pun tak peelaa.. byk lg baby aku leh tengok.. anak negro rohingya.. bangladesh indonm.. byk sgt laa baby.. ko simpan aje laa baby ko tuu
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 10:19 AM | Show all posts
Takyah kot, tunjuk je dekat whatsapp group. Orang lain taknak tahu pun
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa jelah kesah kan anak ko wany
Simpan jelah
Tunjuk kat group wasap family dan bestie ko je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2023 10:37 AM | Show all posts
ikut ler macam mana pun. tak tayang pun takpe.. relax relax pun takpe.. hidup ni bukan untuk bersaing anak siapa paling comel. ye dak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 11:13 AM | Show all posts
iolls tersilap baca as "akan tunjuk anak selepas usia 3 tahun" wkwkwkwkw
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2023 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
ikut hang laaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.155235 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list