CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2350|Reply: 0

[Perak] Segera baiki kolam renang untuk penduduk Kuala Kangsar

[Copy link]
Post time 25-9-2023 12:14 PM | Show all posts |Read mode
Keadaan Kolam Renang Kuala Kangsar yang kini terbiar dan masih menunggu kerja-kerja penyelenggaraan.

KUALA KANGSAR – Penduduk mahu kerja-kerja baik pulih se­mula Kolam Renang Kuala Kangsar, di sini, yang menjadi tum­puan ramai untuk beriadah segera dilakukan, malah mereka tidak kisah jumlah bayaran ma­suk yang bakal dikenakan.

Gesaan itu dibuat apabila kolam renang tersebut masih belum dapat digunakan penduduk sehinggakan ada yang terpaksa ke Ipoh semata-mata mahu me­rasai kemudahan yang sama.

Kolam renang itu dikatakan di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), namun mengalami kerosakan dan tidak boleh digunakan sejak November 2021.

Seorang penduduk, Nurul Qamar Salehuddin, 37, berkata, dia berharap pemulihan semula kolam renang itu dapat disegerakan bagi membolehkan anak-anak beriadah serta berlatih berenang.

Katanya, sebelum ini, kolam tersebut menjadi tumpuan ramai terutama pada hujung minggu dan cuti umum.

“Semua penduduk bertanya, bilakah kolam renang itu akan dibuka semula, sudah lama terbiar,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Mohd. Syafiq Suhaimi, 32, pula berkata, mereka tiada masalah dengan kadar bayaran masuk ke kolam renang tersebut selepas ia dibaik pulih atau dinaik taraf.

“Kami tidak kisah sekiranya berlaku kenaikan harga bayaran masuk, asalkan kolam renang ini dibuka semula.

“Dalam Facebook pun ramai mengeluh. Diharapkan pihak berkuasa tempatan memberi perhatian mengenai perkara ini,” ujarnya.

MPKK pada Ogos lalu telah mengeluarkan iklan tawaran permohonan pengemukaan cadangan (RFP) kepada individu atau syarikat yang berminat untuk menyewa dan me­nguruskan Kolam Renang Kuala Kangsar.

Yang Dipertua MPKK, Dr. Sakduddin Zamli dilaporkan berkata, pihaknya telah menerima tiga RFP dengan jangkaan kos untuk menyediakan kolam renang tersebut mencecah hampir RM1 juta.

Katanya, pihaknya kini sedang mengusahakan dana supaya projek itu dapat direalisasikan, sekali gus membolehkan penduduk menikmati semula kemudahan tersebut.

“Kita tiada isu untuk menyiap­kannya, cuma dana yang tidak cukup. Kita ada cuba dapatkan (dana kerajaan) Pusat dan juga negeri, tetapi kerana kosnya agak besar, perlukan sedikit masa dapatkan dana untuk siapkan projek ini,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... uduk-kuala-kangsar/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.047901 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list