CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 4618|Reply: 3

Remaja Diugut Dengan Gambar Lucah Dijana AI

[Copy link]
Post time 24-9-2023 07:34 PM | Show all posts |Read mode
Madrid: Kira-kira 20 remaja perempuan Sepanyol mendakwa, gambar mereka yang dijana menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) secara tidak senonoh, disebarkan di media sosial.


Akhbar Sepanyol El País melaporkan, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Isabel, 14, mendedahkan, gambar dirinya dalam keadaan lucah selepas dihasilkan AI disebarkan di sekitar sekolahnya.


Katanya, dia berasa malu kerana perkara itu menjadi topik hangat dalam kalangan pelajar.






"Seorang pelajar lelaki datang kepada saya memberitahu dia melihat gambar saya dalam keadaan tidak senonoh," katanya.


Isabel salah seorang daripada 20 remaja perempuan di bandar Almendralejo yang melihat gambar bogel mereka yang dihasilkan menggunakan AI, tersebar di media sosial.


Ibu mereka mengetahui tentang peningkatan jumlah kes selepas menghubungi satu sama lain dan berkongsi cerita mereka dalam kumpulan WhatsApp yang dibuat salah seorang daripada mereka.


Faima Gomez, ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun memberitahu Canal Extremadura, dia membuat laporan polis pada Jumaat lalu, selepas menemui gambar anaknya di media sosial.


Katanya, seorang lelaki menghantar gambar lucah anak perempuannya yang dijana AI di Instagram selepas dia enggan memberinya wang.


"Anak perempuan saya menyekat profil lelaki itu yang polis sahkan akaun palsu," katanya.


Miriam Al Adib, ibu kepada empat anak perempuan remaja, memberitahu El País, dia terkejuat apabila anak perempuannya yang berusia 14 tahun menunjukkan foto dirinya yang dijana AI.


"Jika saya tidak mengenali badan anak perempuan saya, gambar ini nampak macam nyata," katanya kepada akhbar Sepanyol.


Dalam video Instagram, Miriam berkata, polis memberitahunya pelaku mungkin memuat naik gambar ke laman web lucah berbayar dan laman lucah membabitkan kanak-kanak.


Gambar salah seorang mangsa dilaporkan mempunyai tanda satu aplikasi AI.


Laman web syarikat itu mengatakan, aplikasi itu boleh menghilangkan gambar pakaian sesiapa sahaja dengan perkhidmatan percuma mereka, namun mereka tidak bertanggungjawab dengan imej yang dibuat menggunakan laman itu.


Di bawah Kanun Jenayah Sepanyol, penjualan, pengedaran, pameran, penyediaan dan kemudahan bahan lucah kanak-kanak boleh dihukum sehingga sembilan tahun penjara.


Seorang peguam yang pakar dalam undang-undang jenayah, keluarga, sivil dan pentadbiran, memberitahu Canal Extremadura, imej yang dijana AI termasuk di bawah undang-undang itu.


Setakat Isnin, sekurang-kurangnya tujuh orang membuat laporan dengan polis tempatan, menurut El País.


Sumber polis berkata, Pejabat Pendakwa Juvana tempatan kini memulakan siasatan dan mengenal pasti beberapa orang yang didakwa melakukan kesalahan itu.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2023 08:38 AM | Show all posts
dah lama benda macam ni ada sejak zaman superimpose time edry kru dgn linda rafar dulu. sekarang dah upgrade dengan AI. Boleh buat bentuk badan yang ngam matching dengan muka cuma tak boleh nak tahu kalau badan tu ada parut atau tatu kecuali data-data berkaitan dimasukkan dalam rekaan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana gambar lucah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
jLo relaxx je sebarkan sendiri kat socmed sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Baru Balik UMRAH, Wanita Kiciwa Ibu Beri Air Zamzam Pada Adik Beradik Tanpa Izin.Netizen Berbelah Bagi
YgBenarBaru Balik UMRAH, Wanita Kiciwa Ibu Beri
Views : 477 Replies : 22
Ned ex Nora,  sindir siapa tu?  Nora tak ambil menyedari kewujudan hantaran Ned? update dari link thread
mrsLuckyNed ex Nora, sindir siapa tu? Nora tak
Views : 21809 Replies : 314
Kehebatan Zohran Mamdani
stingerkentotKehebatan Zohran Mamdani
Views : 422 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 319960 Replies : 3250
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 3132 Replies : 1925
travell
ackie.12.19.8.7travell
Views : 0 Replies : 0
travell
li.lym.ander.sotravell
Views : 0 Replies : 0
travell
v.eg.r.e.ye.s.9travell
Views : 0 Replies : 0
travell
he.x.xi.l.o.r.dtravell
Views : 0 Replies : 0
travell
ingridp.e.r.mi.travell
Views : 0 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2025 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.035963 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list