CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4568|Reply: 0

Pasukan kebangsaan sudah ‘khatam’ laluan LTdL

[Copy link]
Post time 23-9-2023 01:38 PM | Show all posts |Read mode

PASUKAN berbasikal kebangsaan yang dibarisi oleh pelumba muda negara diharapkan mampu mencabar kedudukan podium atau menyambar jersi Putih (pelumba terbaik Asia).

PASUKAN berbasikal kebangsaan yang membariskan pelumba muda dilihat mahu menggunakan kesempatan ketika menjalani latihan awal menelusuri laluan mencabar Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 sebagai persiapan terbaik menggegar perlumbaan berstatus ProSeries tersebut yang membuka tirai secara rasmi di Terengganu hari ini.

Jurulatih negara, Mohd. Yusuf Abdul Nasir berkata, pihaknya telah ‘khatam’ beberapa laluan berliku di LTdL 2023 ini bagi mencari ruang dan peluang skuad mudanya terutama memberi cabaran kepada pasukan WorldTour mahupun ProTeam dengan harapan mampu mencabar di kedudukan podium atau menyam­bar Jersi Putih (pelumba terbaik Asia).

Katanya, dia meletakkan kepercayaan tinggi kepada barisan pelumba muda negara selepas melihat kesemua mereka bersemangat melakukan kejutan seawal Peringkat 1 bermula dari Kerteh ke Kuala Terengganu yang meliputi jarak keseluruhan 187.4 kilometer (km).

“Saya boleh katakan, skuad kebangsaan yang kita ada tahun ini adalah yang terbaik. Saya mele­takkan harapan cukup tinggi ke­rana keenam-enam pelumba kita ini telah melakukan persiapan 2 bulan lalu.

“Lebih menarik kombinasi empat bekas pelumba Team Sapura Cycling (TSC) yang dike­tuai Muhamad Zawawi Azman serta tiga lagi bekas pelumba TSC iaitu Muhsin Al Redha Misbah, Muhammad Nur Aiman Rosli dan Muhammad Shaiful Adlan Shukri mampu memberi nilai tambah kepada pasukan ini.

“Berdasarkan kepada prestasi terutama perlumbaan Tour Gateh D’Tranung baru-baru ini saya percaya mereka tidak mempunyai masalah untuk melakukan kejutan seawal peringkat pertama nanti.

“Kesemua mereka telah menjalani latihan di laluan yang kita rasakan mencabar dan laluan yang kita rasa mampu memberi kelebihan.

“Misi saya hanya satu iaitu saya mahu pelumba kita tidak terlalu jauh dengan pelumba WorldTour bagi mencerahkan peluang kita di podium. Mereka perlu ketepikan perasaan gugup dan jangan takut mencuba,” katanya.

Malaysia turut mempertaruhkan pelumba berpengalaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Izzat Hilmi Abdul Halil dan muka baharu iaitu Zulhelmi Zainal pada LTdL kali ini.

Perlumbaan peringkat pertama itu akan menyaksikan 131 pelumba dari 22 pasukan akan menempuh dua zon pendakian kategori empat di Jerangau dan Sekayu. Selain itu, pelumba turut disajikan tiga zon pecut di Dungun, Ajil dan Tok Jamal.
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... khatam-laluan-ltdl/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 9687 Replies : 1
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33100 Replies : 90
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 39754 Replies : 76
Edisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita bekas adik ipar kok ping luah perasaan spill tea di IGStory?
QatrunnadaainEdisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita
Views : 41528 Replies : 196
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 177751 Replies : 1682
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 23732 Replies : 93
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 7677 Replies : 1
Nikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,Nurulhidayah Ahmad Zahid   lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
YgBenarNikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,
Views : 11079 Replies : 3
Menunggu cinta tuhan
maklukpenggodaMenunggu cinta tuhan
Views : 11540 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.411827 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list