CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5080|Reply: 3

Pemandu Teksi Curi Parkir, Patahkan ‘Wiper’ Kereta OKU

  [Copy link]
Post time 23-9-2023 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Tindakan seorang pemandu teksi yang sengaja mematahkan ‘wiper’ (pengelap cermin) sebuah kenderaan milik orang kelainan upaya (OKU) mengundang kecaman orang ramai.


Menerusi satu video yang dimuat naik oleh @MALAYSIAVIRALL di aplikasi X, pada mulanya kelihatan pemandu teksi itu dengan bersahajanya meletakkan kenderaannya di tempat letak kereta OKU.






Mungkin kerana terlalu geram dengan tindakan pemandu teksi yang seolah-olah tidak menghormati hak OKU, pemandu jenis Perodua Kancil telah meletakkan kenderaannya berdekatan belakang kereta pengangkutan awam tersebut.


Berang kerana sukar untuk keluar dari parkir kereta, pemandu teksi kemudiannya bertindak mematahkan pengelap cermin kereta Perodua Kancil itu sebelum meninggalkan kawasan terbabit.


Difahamkan, pemandu teksi itu tidak mempunyai pelekat OKU sama ada di cermin depan mahupun belakang.


Susulan itu, orang ramai menggesa agar pihak berkuasa bertindak segera ke atas pemandu teksi berkenaan yang tidak bertanggungjawab dan sengaja merosakkan kenderaan awam lain.


“Kalau hidup kau tertekan sekali pun, tiada hak untuk rosakkan harta orang lain. Apatah lagi golongan yang memerlukan,” ciap Ashraf.


“Kesiannya, dahlah hak parkir diambil. Naik kancil sahaja. Lepas tu kena keluar duit ganti ‘wiper’ yang dah patah, kesian sangat,” komen Nurul.


“Cari sampai dapat. Dua kesalahan iaitu menyalahgunakan parkir OKU dan merosakkan harta benda,” komen seorang pengguna.


Sehingga kini ciapan tersebut telah mendapat 244,000 tontonan, 1,318 perkongsian dan 1,151 tanda suka.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2023 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemandu teksi tu oku mental agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 08:25 AM | Show all posts
Binodino replied at 23-9-2023 04:15 PM
Pemandu teksi tu oku mental agaknya
Difahamkan, pemandu teksi itu tidak mempunyai pelekat OKU sama ada di cermin depan mahupun belakang.

Takde bukti dia OKU mental sebab takde pelekat kat teksi dia.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2023 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia boleh keluarkan? Cuma susah sikit je lah. Itu maksudnya, pemandu kancil tu masih prihatin dengan tak block the whole teksi. Dia block sikit dengan niat nak parking, bukan nak menyusahkan orang yang menyusahkan dia. Susah bila menggunakan kepala lutut ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.300197 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list