CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3647|Reply: 0

[Perak] Pengawal keselamatan dalang samun logam mampat bernilai RM180,000

[Copy link]
Post time 23-9-2023 12:58 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Ipoh: Pengawal keselamatan dipercayai dalang kumpulan samun bersenjata terhadap sebuah kilang elektronik di Jalan Lapangan Terbang, di sini, pada 14 September lalu yang membabitkan kerugian RM180,000.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, enam suspek warga tempatan berusia antara 32 hingga 47 tahun itu sudah ditangkap menerusi 'Op Kargo Carsem' hasil risikan selepas maklumat kejadian samun itu diterima jam 9.15 malam hari yang sama.

Beliau berkata, tangkapan dilakukan di beberapa lokasi di bandaraya ini, selain di Pulau Pinang dan Selangor dalam pada kelmarin dan semalam.

Katanya, kumpulan jenayah itu memecah masuk ke dalam kawasan kilang seterusnya mengikat seorang pengawal keselamatan warga asing dan melarikan sejumlah bahan logam mampat bernilai kira-kira RM180,000 dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

"Mastermind kegiatan ini ialah pengawal keselamatan kilang berusia 40 tahun yang mana dia bertindak membuka pintu pagar premis bagi membolehkan rakan jenayah memasuki kawasan stor.

"Kumpulan itu mengikat pengawal keselamatan warga asing yang menjaga di pintu pagar lain menggunakan pengikat kabel," katanya hari ini.

Menurutnya, polis berjaya menemui semula kesemua besi mampat yang dilarikan suspek di sebuah rumah milik saudara kepada pengawal keselamatan itu di Bercham, di sini.

Katanya, selain besi mampat itu, turut dirampas ialah kenderaan yang digunakan mereka, pakaian, dan telefon bimbit.

Yahaya berkata, semakan mendapati lima daripada enam suspek memiliki rekod pelbagai kesalahan selain seorang suspek berumur 47 tahun positif dadah jenis morfin.

Menurutnya, polis berjaya memperolehi perintah tahanan reman ke atas semua suspek selama lima hari bermula semalam hingga Selasa depan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan dengan bersenjata.

Katanya, dengan penangkapan kesemua suspek selain rampasan barang kes, polis menganggap kes selesai.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-bernilai-rm180000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.055238 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list