CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7051|Reply: 0

[Sabah] Pemandu maut, isteri dan dua anak cedera dalam kemalangan

  [Copy link]
Post time 22-9-2023 01:01 PM | Show all posts |Read mode


KEMALANGAN: Keadaan kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mangsa selepas kemalangan.

PAPAR: Seorang pemandu maut manakala isteri dan dua anaknya cedera selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah lori dalam di Jalan Kampung Biau di sini.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata mangsa yang maut adalah seorang lelaki berumur 63 tahun manakala isterinya 58 tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi.

Katanya dua lagi anak pasangan terbabit yang berumur 20 serta 30 tahun dilaporkan terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Hasil siasatan awal mendapati, kesemua mangsa menaiki pacuan empat roda dan bergerak dari arah Papar.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah lori yang bergerak dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke lorong mangsa.

“Kedua-dua kenderaan berkenaan dilaporkan bertembung sesama sendiri sebelum terbabas ke bahu jalan,” katanya.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati, lori yang dipandu seorang lelaki bersama kelindannya itu dipercayai hilang kawalan ketika menuruni jalan bukit di lokasi kejadian.

Kamaruddin berkata, impak kemalangan menyebabkan dua mangsa parah iaitu pemandu dan penumpang pacuan empat roda.

“Kedua-dua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Papar untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Pemandu kenderaan terbabit bagaimanapun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Papar.

“Penumpang wanita pula mengalami kecederaan parah dan kini masih mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.219498 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list