CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1438|Reply: 3

'Farid Dan Diana Sama-Sama Buang Ego' - Linda Hashim

[Copy link]
Post time 21-9-2023 08:59 PM | Show all posts |Read mode
"Saya sebenarnya gembira apabila baca cerita Farid Kamil dan Diana Danielle kembali rujuk serta bersama. Saya ada beritahu Beego dan dia senyum tanda gembira dengan keputusan mereka.


"Bagi saya, mereka sama-sama buang ego sebenarnya. Kalau ada ego, mereka takkan dapat berbaik semula macam sekarang."


Itu kata pelakon, Linda Hashim mengulas mengenai keputusan pasangan selebriti popular itu yang membuat keputusan rujuk semula selepas sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos lalu.






Linda, 39, dan Beego, 43, pernah melalui episod sedih ini apabila bercerai talak satu pada 27 Mac lalu, namun rujuk semula ketika masih dalam edah pada 9 April lalu.


"Apa yang berlaku kepada mereka sama juga dengan yang kami alami. Kami bercerai sekitar tiga minggu sebelum ambil keputusan rujuk semula.


"Biasanya kes pasangan bercerai babitkan dua benda iaitu orang ketiga dan ego yang tinggi dalam diri. Kalau ego tinggi memang susah nak balik semula.


"Benda itu kena buang dan masing-masing kena ada kesedaran dan ambil sebagai pengajaran. Sebab tak semua orang nak bercerai dalam rumah tangga," katanya kepada Harian Metro.


Linda yang mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 berkata, semua perkara yang berlaku adalah ketentuan Allah dan sesiapa pun kena akur dengan aturan ditentukan.


"Mungkin masing-masing dah tak tahu nak buat apa dan ego yang tinggi, akhirnya buat keputusan nak cerai. Tapi sebenarnya masalah biasa saja. Masalah sebenarnya ialah ego dalam diri masing-masing.


"Saya pernah berbual dengan orang mahkamah juga sebelum ini. Katanya, cerai ini sebab itu ada rujuknya. Kadang-kadang yang banyak minta cerai adalah isteri.


"Mereka minta cerai atas tujuan bukan nak putus. Tiada orang yang nak bercerai. Ada kebanyakan orang bercerai sebab nak ajar suaminya. Maksudnya bagi pengajaran," katanya.


Menurutnya, semasa dia mahu rujuk dengan Beego, dia berkata ini adalah satu pengajaran.


"Saya ada beritahu mentua saya dan semuanya tapi mereka tak faham. Inilah pengajaran. Kita asyik bergaduh depan anak-anak dan ia sesuatu yang tak bagus.


"enyelesaiannya, kita kena bagi pengajaran pada diri masing-masing. Kalau tak, kami takkan sedar. Itu yang kami pergi mahkamah. Mereka yang betul-betul nak bercerai itu kerana ada orang ketiga.


"Jadi saya nampak perceraian pasangan ini seakan sama macam kami. Itu sebab masa orang temubual kami, saya dan Beego banyak mendoakan pasangan yang dalam proses nak bercerai fikir baik-baik dan kalau bercerai pun, gunakan proses dalam edah itu untuk fikir sebaiknya," katanya.


Linda dan Beego dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2023 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Linda ni lawa betul ye
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
39 linda??perghh nmpk muda
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 09:41 PM | Show all posts

ye.suka tgk sheols..muka cantik melayu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.041458 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list