CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2613|Reply: 0

[Perak] Harimau Malaya jalani permanian berhadas elak pupus

[Copy link]
Post time 21-9-2023 05:32 PM | Show all posts |Read mode

AL-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Sultan Perak Sultan Nazrin Shah melihat keadaan salah seekor harimau yang dirawat di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan di Sungkai hari ini. FOTO Bernama.

Tanjong Malim: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sedang menjalankan kaedah permanian beradas pada Harimau Malaya di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai, di sini.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pelaksanaan teknologi pembiakan itu adalah bagi membantu menambah bilangan Harimau Malaya seterusnya mengatasi ancaman kepupusan binatang liar itu.

Bagaimanapun pun, katanya, kaedah secara ex situ yang sedang dijalankan itu masih belum membuahkan hasil setakat ini.

"Pembiakan menggunakan kaedah AI itu bukan mudah. Saya dimaklumkan sebelum ini, terdapat masalah penyakit tertentu yang dialami harimau yang juga menjejaskan kemampuan mereka membiak.

"Tetapi perkara ini akan terus-menerus diusahakan kerana kita tahu teknologi berubah (semakin canggih dan berkesan).

"Kita berharap mungkin satu ketika nanti kita dapat biakkan Harimau Malaya secara AI sebagaimana haiwan lain juga," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mencemar duli melawat NWRC Sungkai, di sini, hari ini.

Turut berangkat, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Nik Nazmi berkata, pihaknya mengambil perhatian berkenaan ancaman kepupusan spesies hidupan liar terancam seperti Harimau Malaya, gajah Asia, tapir, beruang matahari dan seladang.

Justeru itu, Perhilitan mewujudkan pusat-pusat konservasi seperti Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pusat Konservasi Harimau Malaya Lanchang di Pahang, Pusat Konservasi Tapir di Kenaboi, Negeri Sembilan; Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun, Selangor, Pusat Konservasi Jenderak Selatan, Pahang dan NWRC Sungkai, di sini.

Ditanya mengenai usaha kerajaan menghalang aktiviti pemburuan haram, beliau berkata penubuhan Malaysian Tiger Task Force (MyTTF) dan Renjer Komuniti yang dianggotai veteran tentera, veteran polis, Orang Asli dan penduduk setempat sudah menunjukkan perubahan yang positif.

19 Jun lalu, Harian Metro melaporkan Kajian Survei Populasi Harimau Kebangsaan (1st NTS) oleh Perhilitan dari 2016 hingga 2020 mendapati populasi harimau Malaya di kawasan berhutan dianggarkan kurang 150 ekor saja.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... berhadas-elak-pupus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.186878 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list