CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3584|Reply: 0

[Perak] Pemandu lori ditemui lemas dalam lombong

[Copy link]
Post time 21-9-2023 12:43 PM | Show all posts |Read mode

Mayat mangsa ditemui anggota bomba pada pukul 11.21 malam semalam di lombong Perbadanan Air Kala di Selat Pagar, Lenggong.

LENGGONG – Seorang pekerja kedai perkakasan yang dilaporkan terjatuh ke dalam lombong Perbadanan Air Kala di Selat Pagar, di sini, semalam, ditemukan mati lemas.

Mayat S. Karthik, 33, dijumpai pasukan bomba pada pukul 11.21 malam selepas lebih tujuh jam dilaporkan hilang.

Difahamkan, kejadian itu dimaklumkan adik ipar mangsa yang menghubungi polis selepas menemui barangan berupa kasut, topi dan beg dipercayai milik lelaki itu di tebing lombong tersebut.

Turut dijumpai, sebuah lori milik kedai syarikat lelaki itu bekerja berhampiran lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong, Farizul Anuar Razali berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 4.17 petang.

Katanya, sepasukan enam anggota diatur gerak ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Usaha pencarian itu turut dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Kuala Kangsar dengan membuat selaman dan carian di permukaan.

“Mangsa kemudian dijumpai pada jarak 50 meter dari lokasi dia dipercayai jatuh dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya, di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi ditamatkan pada pukul 11.40 malam selepas mangsa dibawa naik ke tebing dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... emas-dalam-lombong/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.460818 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list