Tidak tahan difitnah Mondy Tattoo hari ini tampil menyelar beberapa dakwaan termasuk kenyataan yang dikeluarkan bapa tirinya sendiri.
Mondy dilihat menitiskan air mata dan kesal dengan tindakan bapanya yang seperti menambah bara dalam kes yang sedang menimpanya.
“Jangan buat-buat tahu, jangan tokok tambah cerita. Awak tak tahu anaknya di sini macam mana. Kami di sini nak selesaikan masalah ini, tetapi bapa burukkan lagi keadaan dengan cerita macam-macam dekat ustaz dan media.
“Kalau saya kata saya okay di sini, maksudnya saya baik saja. Orang yang awak bagitahu itu pun entah siapa-siapa. Nasib sekarang saya berada di Malaysia bukannya Indonesia,” jelas Mondy dalam satu perbualan dengan bapa tirinya menerusi video yang dimuat naik Caprice.
Dalam pada itu, Caprice berkata ibu bapa tiri Mondy telah tertipu dengan bukti-bukti perbualan palsu yang telah tersebar luas di Malaysia dan Indonesia dengan tujuan untuk mencemarkan lagi nama Mondy dengan fitnah jahat.
“Fitnah yang sangat jahat, waktu live Ustaz Derry tu, Mondy berada di IPK Selangor lebih dari enam jam untuk bagi kenyataan dan disoal siasat.
“Kami di sini bertanggungjawab untuk bantu orang yang dianiaya. Cap risau kalau bukan kita lah yang berani bantu mangsa macam Mondy ni, siapa saja yang berani bela?
“Allah hantar satu mangsa yang mempunyai hati yang baik, berani dan kuat, tetapi paling susah untuk masyarakat percaya sebab tatu dan luaran dia,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sebelum ini seorang ustaz dari Indonesia yang dikenali Ustaz Derry Sulaiman mendakwa segala kenyataan Mondy Tatto dalam sebuah temuramah di ‘podcast’ adalah berbohong.
Selain itu, seorang lelaki dipercayai bapa kepada Mondy Tatto tampil membuat permohonan maaf kepada Ustaz Ebit Lew di atas keterlanjuran anaknya itu.
“Saya mohon maaf atas tingkah laku tutur kata yang tidak sopan (Mondy). Tolong sampaikan kepada Ustaz Ebit yang telah membantu keluarga saya.
Difahamkan perkara tersebut berlaku menerusi siaran langsung di media sosial yang turut disertai pendakwah dari Indonesia, Ustaz Derry Sulaiman. -CARI
Mlm tadi ai scroll IG, nampak satu bideo muka toddler nih diconteng2 kakak dia umur 3-4thn sebegitu dgn pen marker. Satu komen lebih kurang mcm ni: "Takpe dek. Besar esok muka mcm ni bole jual sambal". Bongok betol la, tersedak air kopi ai baca
Beberapa hari, minggu dn bulan2 kedepan, rakyat M'sia akan heboh dgn cerita dn kesah seorang warganegara I'dnesia yg kononya dipermainkan oleh seorang lelaki M'sia dan dibelain juga oleh seorang lelaki M'sia yg lain. Satu rekayasa drama dn pembohongan yg berjaya merentasi lautan.
Post time 20-9-2023 07:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bosan la kesah korang ni.. Yg tu pusing mcm tu, yg ni pusing mcm ni. Pastu ntah dtg dr pelusuk mne, kluarkan statement, pusing gitu plak. Smua ak x percaya..
Post time 21-9-2023 09:28 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Apa penting ny pompuan bertatoo ni sampai beriya nak dipertahankan
Aku bukan petaksub EL
tapi bnyk pekara lain yg lebih penting dari si minah indon ni.
Dari sibuk pasal indon, baik la nko tolong gi bnteras pendatang yg membolot subsidi rakyat.
1. Pendusta dipercayai
2. Orang yang jujur didustakan
3. Amanat diberi kepada pengkhianat
4. Orang yang jujur dikhianati
5. Orang bodoh mengurus hal-hal umum
Madel replied at 21-9-2023 09:28 AM
Apa penting ny pompuan bertatoo ni sampai beriya nak dipertahankan
Aku bukan petaksub EL
tapi bnyk p ...
aku pulak rasa.. kalau dia memang benar2 diperlaku sebegitu oleh Ebit.. dan dia berani jadi saksi.. kenapa nak pertikai?
Sama kes macam mangsa2 sebelum ni... mungkin ada yang merendahkan usaha dia nak reveal perangai sebenar Ebit.. merasakan isu tu tak penting untuk diberikan perhatian.. sudahnya mangsa berdiam diri. Pelaku terus disanjung.
Aku rasa.. Caprice ni akan gang up dengan siapa saja yg bole dijadikan sumber bukti ke camtu la..
dia nak jadi seolah2 pejuang penegak kebenaran.
tak kisahla sebab nak rating ke apa.. sekurang2nya isu2 ni dah dalam perhatian polis..
pentaksub pon dah mula slow down..
kalau betul bersalah.. harap dapat hukuman ..
cukup2la kita terlalu menyanjungi sesama manusia..