CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14237|Reply: 0

[Kedah] Dua lelaki ditahan seleweng diesel

[Copy link]
Post time 19-9-2023 09:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 19-9-2023 09:43 PM

Dua lelaki ditahan seleweng diesel

oleh   WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR  19 September 2023   08:52pm







Anggota KPDN Kedah memeriksa tong drum berisi diesel yang diletakkan di belakang sebuah kenderaan pikap. - Foto KPDN KEDAH




ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menahan dua lelaki selepas disyaki terbabit penyelewengan diesel di dua stesen minyak di negeri ini, petang Isnin.

Pengarahnya, Affendi Rajini Kanth berkata, suspek masing-masing berusia 40-an hingga 50-an itu ditahan ketika sedang mengisi minyak di dua premis berkenaan.

Menurutnya, kejadian pertama melibatkan sebuah lori yang dijumpai dalam milikannya iaitu bahan api dengan anggaran sebanyak 3,000 liter diesel.

"Nilai rampasan bahan kawalan tersebut sebanyak RM6,450 dan nilai barang rampasan lain adalah RM30,000.

"Anggaran nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM36,450. Seorang lelaki dalam lingkungan awal 50-an turut ditahan bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.



Tangki tambahan ditemui di belakang sebuah lori yang disita kerana disyaki menyeleweng diesel di sebuah stesen minyak di Kedah. - Foto KPDN KEDAH




Sementara itu, dalam kejadian kedua pula melibatkan sebuah kenderaan pikap yang sedang mengisi diesel dalam tiga unit ‘tong drum’ di salah sebuah stesen minyak tersebut.

"Sebanyak 81 liter disita dengan nilai rampasan RM175 dan barang rampasan lain dianggarkan bernilai RM11,000.


"Nilai rampasan keseluruhan bagi kejadian kedua dianggarkan berjumlah RM11,175. Seorang suspek lelaki berusia lingkungan lewat 40-an ditahan bagi memberi keterangan dan membantu siasatan," ujar beliau.

Tambahnya, kedua-dua suspek gagal menunjukkan lesen atau permit kebenaran membeli bahan api ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memiliki barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan.

Susulan kejadian tersebut juga, KPDN Kedah juga membuka dua kertas siasatan terhadap pengusaha stesen minyak kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan 21, Pelanggaran Peraturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.053412 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list