CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1772|Reply: 0

[Perak] Lelaki Bangladesh didakwa bunuh

[Copy link]
Post time 19-9-2023 04:14 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Kangsar: Lelaki warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dakwaan membunuh rakan senegara, kira-kira dua minggu lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohammad Mokul Hossain, 34, yang turut tidak memahami pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Melayu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Hossen Md Monowar di Pekan Kuak, Lenggong, Hulu Perak antara 7 petang hingga 8 malam 8 September lalu.

Pendakwaan itu dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali jika dikenakan hukuman penjara.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sufi Aiman Azmi di hadapan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohd Shazmeer menetapkan tarikh 20 Oktober depan untuk sebutan semula kes dengan kehadiran jurubahasa bahasa Bangladesh di Mahkamah Majistret Lenggong.

Minggu lalu, media melaporkan mengenai penemuan mayat seorang lelaki yang rentung di kawasan kebun pisang di Kampung Pengkalan Ikan di Kuak, Lenggong pada 8 September lalu.


TERTUDUH di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar. FOTO L Manimaran

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... adesh-didakwa-bunuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.550702 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list