CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5608|Reply: 3

Jodoh Sampai Di sini Saja -Puteri Zarith

[Copy link]
Post time 19-9-2023 12:11 PM | Show all posts |Read mode



Kuala Lumpur: Usahawan dan pempengaruh popular, Puteri Zarith mengesahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Dr Munzir Shkori pada Mei lalu.

-ADVERTISEMENT-
Puteri ketika dihubungi Harian Metro berkata, keputusan itu dibuat selepas melalui proses perbincangan secara harmoni dan baik.


"Kami sudah tiada persefahaman dan mengambil keputusan untuk berpisah serta fokus dengan kerjaya masing-masing.

"Hubungan kami mula bermasalah sejak lebih setahun lalu. Saya ambil keputusan untuk tidak teruskan perkahwinan ini supaya segala hal yang terjadi tidak memberi kesan buruk kepada kerjaya serta emosi anak-anak.


"Saya enggan masalah (rumah tangga) ini terus berpanjangan. Rasa penat bila benda negatif berada di sekeliling kita.

"Saya pilih untuk fokus pada ketenangan dan tak nak masalah ini terus mengganggu segala misi yang ingin dicapai," katanya.

Menurut Puteri, dia sudah cuba berusaha mempertahankan mahligai rumah tangga yang dibina hampir 14 tahun itu, namun menganggap jodoh mereka setakat ini.

"Tipulah kalau tiada usaha untuk berdamai sebab perkahwinan kami sudah lama. Masing-masing cuba mempertahankan rumah tangga ini, tapi mungkin jodoh kami sampai di sini.

"Kami berserah kepada Allah. Sepanjang proses ini saya sudah lakukan solat istikharah dan mungkin ini jalan terbaik untuk kami.

"Alhamdulillah hubungan kami masih baik terutama membabitkan urusan anak-anak walaupun mereka masih belum mengetahui mengenai perpisahan ini," katanya.

Terdahulu, banyak pihak mula berteka-teki mengenai status rumah tangga pasangan ini apabila mereka jarang kelihatan bersama termasuk tiada kandungan bersama di media sosial.

Status perhubungan mereka turut mendapat perhatian di TikTok apabila netizen mula membuat carian mengenai status rumah tangga mereka.

Puteri dan Dr Munzir Shkori mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2009 dan dikurniakan dua anak.

Disiarkan pada: September 19, 2023 @ 10:24am















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2023 12:12 PM | Show all posts
@she dah boleh submit application form pd doctor
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 19-9-2023 12:12 PM
@she dah boleh submit application form pd doctor

Yeeehaaaaaaaaa

Yabedabeduuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 02:57 PM | Show all posts
Takziah la PZ.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.384330 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list