CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3774|Reply: 0

[Perak] Kelapa salai rezeki sejak berpuluh tahun

[Copy link]
Post time 19-9-2023 10:56 AM | Show all posts |Read mode

NORIA Ahmad mengorek isi kelapa untuk dijadikan salai dan minyak masak ketika ditemui di Selekoh, Bagan Datuk, Perak semalam. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN



BAGAN DATUK: Mengambil upah mengorek isi kelapa untuk disalai atau dijemur sete­rusnya diproses di kilang dijadikan minyak masak dilihat semakin pupus.

Ia susulan penggunaan mesin bagi menghasilkan bahan makanan itu.

Namun bagi seorang wanita,­ Noria Ahmad, 71, di Selekoh dekat sini, dia yang sudah me­lakukan pekerjaan itu sejak berpuluh tahun lalu masih meneruskannya sehingga kini.

Menurutnya, walaupun pembuatan minyak masak sekarang banyak menggunakan mesin di kilang-kilang, permintaan untuk kelapa salai tetap ada.

“Dahulu ini cara minyak masak dibuat, isi kelapa dikorek, dijemur dan tauke-tauke akan membawanya ke kilang untuk diproses jadi minyak.

“Ketika itu ramai penduduk yang ambil upah membuat kelapa salai tetapi sebab sekarang sudah guna mesin, mungkin sudah tiada lagi yang buatnya.

“Mungkin saya seorang sahaja masih melakukan kerja ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, dia mengambil upah mengorek isi kelapa sejak berusia belasan tahun lagi.

“Saya sudah lakukan pekerjaan ini pada 1960-an. Ketika ini sebakul kelapa salai 20 sen, dalam sehari dapat lapan hingga 10 bakul.

“Sekarang saya masih dipanggil lagi oleh tauke kelapa di sebuah stor di sini untuk buat kerja mengorek kelapa tua menggunakan alat khas.

“Kalau mula bekerja pukul 7 pagi sampai 12 tengah hari, dapat RM25 seguni. Kalau mampu dapat lapan hingga 10 guni kelapa salai,” katanya.

Menurutnya, kelapa salai dapat membantu masalah lambakan kelapa di Bagan Datuk berikutan saingan kemasukan kelapa dari Indonesia yang lebih murah. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... jak-berpuluh-tahun/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.065981 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list