CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2771|Reply: 0

[Perak] Video tular itu kejadian lama - Polis

[Copy link]
Post time 19-9-2023 10:27 AM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video tular di TikTok memaparkan detik orang awam terlanggar anggota polis URB. FOTO VIDEO TULAR

Slim River: Polis mengesahkan video tular yang memaparkan kemalangan kecil membabitkan sebuah motosikal awam melanggar sebuah motosikal anggota polis adalah video lama.

Terdahulu, video dengan kapsyen 'Di saat rakyat dianiaya oleh pemimpin negara, izinkan kami langgar apa yang ada depan mata' itu tular di TikTok dan mendapat banyak komen negatif daripada netizen.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, insiden itu dikesan berlaku pada 26 April lalu di mana seorang penunggang motosikal melanggar bahagian belakang motosikal anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dengan tidak sengaja.

Menurutnya, ketika kejadian terbabit, dua anggota URB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim menghala ke kawasan perkampungan Orang Asli Pos Bersih, Slim Village di sini, selepas menerima maklumat berkaitan kemalangan jalan raya.

"Semasa dalam perjalanan, anggota URB bertanyakan lokasi sebenar kemalangan kepada sekumpulan penduduk tempatan.

"Ketika menghala ke tempat kejadian, sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang penduduk kampung yang mengekori rapat dengan tidak sengaja, terlanggar bahagian belakang motosikal anggota URB.

"Perlanggaran terbabit tidak menyebabkan apa-apa kerosakan dan sudah diselesaikan secara baik," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan persepsi negatif terhadap pasukan polis yang boleh menjejaskan imej PDRM.

Setakat 9 pagi ini, video yang dimuat naik oleh pengguna sejak kelmarin itu merekodkan sebanyak 1.3 juta tontonan, 99.7 ribu tanda suka, 3725 komentar serta 13,000 perkongsian.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kejadian-lama-polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.610357 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list