CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2375|Reply: 0

[Perak] Tengah bual lalat masuk mulut!

[Copy link]
Post time 18-9-2023 10:08 AM | Show all posts |Read mode

NUR Syamilah menunjukkan pelekat lalat yang digunakan untuk menangani gangguan serangga berkenaan yang berpunca daripada pengurusan sisa najis reban ayam berhampiran. FOTO MUHAMAD LOKMAN KHAIRI

Manjung: Serangan lalat yang dipercayai berpunca daripada pengurusan tinja dari beberapa reban ayam berhampiran yang kurang memuaskan menyebabkan penduduk Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP) di sini, hidup dalam keadaan tidak selesa dan tertekan.

Penduduk, Nur Syamilah Mat Isa, 33, berkata, dia berpindah ke kawasan perumahan berkenaan lebih setahun lalu terpaksa berdepan isu itu setiap hari dan keadaan paling teruk ketika musim ayam keluar reban.

Menurutnya, situasi itu merunsingkan kerana berisiko tinggi memudaratkan kesihatan mereka sekeluarga.

"Setiap kali reban kosong kerana ayam dibawa keluar, bilangan lalat yang datang ke rumah kami bertambah berkali ganda sehingga kelihatan penuh di atas lantai.

"Makanan jangan ceritalah, memang penuh kena hurung sehingga hilang selera hendak makan. Terus rasa makanan kotor dan rasa tak selamat dimakan.

"Tahap nak kata teruk banyaknya lalat ni sehingga waktu bersembang pun dia terbang termasuk dalam mulut," katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, situasi itu akan berlarutan sehingga sebulan lamanya sehinggalah musim anak ayam baharu dibawa masuk ke dalam reban.

Syamilah berkata, dia sedia maklum usaha kerajaan negeri bagi mengurangkan masalah gangguan lalat itu dengan yang mewajibkan penternak menukar sistem reban terbuka kepada sistem reban tertutup secara berperingkat menjelang Disember 2025.

Namun, katanya, tempoh itu masih lama dan penduduk tetap perlu menghadap masalah itu bagi tempoh sekurang-kurangnya lebih dua tahun lagi.

"Inisiatif itu bagus, tapi berapa lama lagi kami kena bertolak ansur? Ada dua tahun lagi sebelum sampai ke tarikh itu (9 Disember 2025).

"Banyak aduan pernah dibuat penduduk sebelum ini, tapi belum ada tindakan daripada pihak berwajib yang berjaya menyelesaikan masalah gangguan lalat ini," katanya.

Tinjauan di kawasan Felcra Gugusan Lekir di sini juga mendapati penduduk menghadapi masalah yang sama sejak lebih 30 tahun lalu.

Salmiah Ali, 64, yang bekerja sebagai peniaga kedai makan berkata, urusan perniagaannya amat terkesan dek terlalu banyak lalat yang hinggap pada bekas makanan hatta meja kosong sehingga menyebabkan ketidakselesaan dan keraguan pada tahap kebersihan.

"Macam mana mahu berniaga dengan tenang kalau baru sahaja pelanggan duduk, mereka lihat lalat berkerumun di atas meja walaupun baru dilap.

"Felcra ini mula dibuka 1973, ketika itu masalah ini tiada. Cuma bermula awal tahun 90-an gangguan lalat di sini semakin menjadi-jadi.

"Dulu kedai kami berniaga juga nasi campur, tapi sekarang pelanggan pun sudah kurang. Kami hanya berniaga air dan menjadi tempat persinggahan orang lama membasahkan tekak sahaja," katanya.

Bagi penduduk PR1MA Sitiawan, Rozita Murad, 61, berkata dia dan cucunya dimasukkan ke hospital awal tahun lalu kerana keracunan makanan.

"Apa lagi patut kami buat. Belum makan, lalat sudah hinggap pada tudung saji.

"Waktu solat, lalat ni masuk ke dalam kain telekung dan amat mengganggu kami. Tidur pun tak lena kerana lalat masuk ke celah-celah rambut, telinga dan hinggap di muka kami," kata pesara guru itu.

Pada 25 Mei lalu, Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 antara lain menaikkan jumlah penalti dan pembatalan lesen kepada penternak yang gagal mematuhi undang-undang dalam enakmen itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun ketika menggulung RUU itu dipetik berkata proses peralihan kaedah penternakan unggas secara konvensional iaitu sistem reban terbuka kepada sistem reban tertutup dijangka dilaksana sepenuhnya menjelang 9 Disember 2025.

"Sehingga kini, sebanyak 39 peratus iaitu 203 ladang daripada 516 ladang yang dilesenkan sudah pun beralih kepada sistem reban tertutup," katanya dipetik.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... l-lalat-masuk-mulut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.048053 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list