CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6257|Reply: 0

[Kedah] Kehidupan warden wanita berubah selepas terlibat nahas

[Copy link]
Post time 17-9-2023 04:55 PM | Show all posts |Read mode

Zamzuri (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan Econsave Prihatin kepada Nurizatul Nazura di Kampung Pancur, Pokok Sena.



POKOK SENA - Kehidupan seorang warden wanita berubah sekelip mata selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Bukit Pak Kiau dekat sini pada 24 Julai lalu.

Nurizatul Nazura Mohd Shafie, 40, yang patah tangan dan paha, selain retak lutut dan kaki kanan kini hanya mengharapkan bantuan ahli keluarga untuk bergerak.

Bukan itu sahaja, Nurizatul Nazura yang merupakan warden wanita di Penjara Pokok Sena juga pernah menjalani pembedahan sebanyak tiga kali akibat kecederaan yang dialaminya itu.

Bercerita mengenai nahas, Nurizatul Nazura berkata, kejadian itu berlaku ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerjanya selepas menghantar anaknya ke sekolah.

"Ketika itu saya memandu kereta jenis Perodua Alza dan semasa berada di selekoh tajam di jalan Bukit Pak Kiau, ada sebuah kereta telah memasuki laluan saya dan melanggar kereta saya selepas mahu mengelak sebuah motosikal.

"Saya tidak mampu bergerak dan orang awam bantu bawa saya keluar sebelum ambulans sampai dan dikejarkan ke hospital," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pancur, dekat sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan Pengurus Besar Pasar Raya Econsave Bahagian Utara 1, Zamzuri Mansor yang menyampaikan sumbangan Econsave Prihatin bernilai RM1,000.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Salim Mahmood dan Pengurus Econsave Cawangan Pokok Sena, B Devanathan.



Nurizatul Nazura yang kini sedang bercuti sakit berkata, beliau mendapat sokongan yang kuat daripada suami, Nurizam Mat Sapar, 52, dan anak-anak termasuk pengurusan penjara.

Menurutnya, doktor menjelaskan sekurang-kurangnya enam bulan diperlukan untuk kembali sembuh selain perlu menjalankan rawatan fisioterapi.

Sementara itu, Zamzuri berkata, sumbangan yang diberikan tersebut adalah hasil sokongan masyarakat setempat yang tidak putus-putus memberikan sokongan dengan membeli-belah di pasar raya tersebut.

"Kita akan sampaikan bantuan kepada yang memerlukan selepas menerima aduan. Pasukan kita akan turun padang untuk meninjau sebelum sumbangan Econsave bernilai RM1,000 diberikan kepada penerima," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/a ... epas-terlibat-nahas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.067391 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list