CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4242|Reply: 0

[Perak] Ingatkan hospital terbakar, rupanya latihan...

[Copy link]
Post time 17-9-2023 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Teluk Intan: Kebakaran melanda wad tingkap empat Hospital Teluk Intan di sini menyebabkan 30 pesakit terpaksa dipindahkan dengan seorang mangsa kritikal terpaksa diterbangkan menggunakan helikopter.

Dalam kejadian 11.08 pagi hari ini menyebabkan penduduk di sekitar pekan gempar apabila mendengar bunyi siren kecemasan kenderaan bomba, polis, ambulans serta beberapa agensi lain yang terbabit dalam pengurusan bencana.

Bagaimanapun, kejadian itu hanya Latihan Pengurusan Bencana (DMEX) Ex-Intan 23 dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dengan kerjasama Hospital Teluk Intan (HTI) serta pelbagai agensi lain dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan pasukan menghadapi kemalangan dan bencana.

Latihan itu membabitkan senario kebakaran di wad ICU menempatkan 30 pesakit yang kemudiannya terpaksa dipindahkan keluar ditambah berlaku kebocoran bahan radioaktif di bilik x-ray serta runtuhan bangunan susulan kebakaran besar terbabit.

Pengarah JBPM Perak, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon, berkata ia adalah pertama kali latihan kebakaran membabitkan wad hospital diadakan tahun ini dengan penyertaan 140 anggota.

Beliau berkata jumlah itu terdiri daripada 69 anggota bonba, Polis Diraja Malaysia (24), pegawai kesihatan HTI (7), Jabatan Sukarelawan Malaysia atau RELA (14), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia atau APM (11), pegawai paramedik (5), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia atau SMART (2) dan unit udara Emergency Medical Air Rescue Services atau EMARS (8).

"Latihan pengurusan bencana bersakala besar itu menguji tahap kesiapsiagaan bomba bersama agensi terbabit dalam menghadapi dan menjalankan operasi kemalangan luar jangka.

"Terdapat tiga senario kemalangan di dalam latihan menuntut kerjasama antara agensi penyelamat di mana kita mengaplikasikan sistem pengurusan insiden (IMS) dan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) 20.

"Pada masa sama kita dapat menilai aset dari pelbagai agensi yang ada untuk kegunaan bersama bagi digerakkan semasa menjalankan kerja penyelamatan.

"Hasil latihan ini adalah gerak kerja antara agensi dapat kita mantapkan dengan penyelarasaan khususnya dari segi komunikasi supaya sekiranya berlaku insiden sebenar, kita dapat melaksanakan penyelamatan dengan lebih teratur dan berkesan," katanya kepada pemberita ketika sidang media di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Orang Besar Jajajahan Daerah Hilir Perak, Datuk Meor Redwan Mahayudin; Pegawai Daerah Hilir Perak, Saidi Shaari; Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri dan Pengarah Hospital Teluk Intan, Dr Khairul Baharin.

Sayani berkata, bagi pihak bomba, latihan itu membabitkan lima balai bomba dan penyelamat (BBP) iaitu Teluk Intan, Hutan Melintang, Tapah, Bidor dan Slim River.

Katanya, setiap tahun pihak bomba melaksanakan latihan menyelamatkan dengan senario kemalangan yang berbeza bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada anggota pelbagai agensi bagi menghadapi sebarang situasi bencana.


Sayani (kanan) memberikan penerangan berkaitan operasi menyelamat mangsa runtuhan sempena Latihan Pengurusan Bencana (DMEX) Ex-Intan 23 di Hospital Teluk Intan. FOTO MUHAMAD LOKMAN KHAIRI.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kar-rupanya-latihan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.059371 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list