CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6224|Reply: 0

[Perak] Fotografi kemerdekaan pupuk perpaduan murid berbilang bangsa

[Copy link]
Post time 16-9-2023 04:26 PM | Show all posts |Read mode

J.ANNE Marie Nisha bergambar bersama anak murid dengan latar belakang Stesen Keretapi dipilih sebagai pemenang pertandingan fotografi apresiasi bertemakan kemerdekaan anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) St Micheal , Ipoh. FOTO Ihsan J.Anne Marie Nisha

Ipoh: Bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid berbilang bangsa, Sekolah Kebangsaan (SK) St Micheal, di sini menganjurkan pertandingan fotografi apresiasi bertemakan kemerdekaan.

Ia salah satu daripada tiga pertandingan anjuran kokurikulum sekolah selain nyanyian berkumpulan dan pakaian tradisional.

Pertandingan itu menuntut setiap kelas menghantar wakil iaitu 10 murid dan seorang guru mengambil bahagian dengan berswafoto sambil menggayakan busana tradisional mengikut kaum masing-masing.

Ia dianjurkan bersempena dengan bulan kemerdekaan yang dilancarkan pada 21 Ogos lalu hingga semalam.

Pertandingan itu disertai 30 kumpulan dan dimenangi kelas Tahun Empat diketuai guru Matematik, J.Anne Marie Nisha dengan setiap murid menerima fail serta alat tulis.

Anne yang juga guru kelas terbabit berkata, kemenangan itu amat bermakna buatnya yang baru bertugas di sekolah berkenaan.

Katanya, ia adalah kejayaan semua termasuk ibu bapa yang banyak membantu dalam mencari busana untuk digayakan anak masing-masing.

"Penyertaan saya dan murid dalam pertandingan itu adalah untuk menyokong usaha sekolah menganjurkan program berkenaan.

"Kami bebas bergambar di mana saja namun sebagai guru kelas, saya beri idea untuk mengajak murid berswafoto di Stesen Keratapi Ipoh kerana tempat itu bersejarah dan ada keistimewaannya.

"Sesi fotografi diadakan pada 8 September lalu pada waktu tengah hari dan saya gembira kerana dapat kerjasama baik termasuk daripada ibu bapa murid yang turut datang ke lokasi kami bergambar.

"Kami cuba ambil gambar sebaik mungkin dengan pilih tempat yang ada latar belakang menarik dan tak sangka terpilih sebagai pemenang," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Anne berkata, selain mengajak murid mengambil bahagian, dia turut menjadikan pertandingan itu sebagai batu loncatan untuk mendidik anak didiknya mengenai kepentingan perpaduan.

"Saya selalu tekankan kepada murid yang kita semua adalah satu keluarga walaupun berbeza agama dan budaya.

"Saya juga ingatkan mereka supaya bermain, bercakap dan belajar dalam satu kelas ibarat satu keluarga tanpa ada jurang," katanya.

Sementara itu, ibu murid, V.Moganambal, 37, menghargai usaha pihak sekolah termasuk guru besar dan guru yang terbabit dalam menganjurkan pertandingan berkenaan.

"Pada pandangan saya, ia satu program yang baik untuk memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan murid pada usia muda.

"Terima kasih kepada semua ibu bapa yang turut serta dan membantu dalam meraih kemenangan sekali gus menyebarkan semangat positif menerusi satu gambar yang membawa seribu makna," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... id-berbilang-bangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.267392 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list