CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15947|Reply: 0

[Sabah] Dukung Perlembagaan Persekutuan 1963, elakkan perubahan mendadak

  [Copy link]
Post time 15-9-2023 08:55 PM | Show all posts |Read mode


MADIUS

KOTA KINABALU: Rakyat Malaysia perlu bersyukur dengan pencapaian negara yang kini mencecah usia 60 tahun pada 16 September 2023.

Presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu Bersatu (UPKO) yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, dalam melestarikan Malaysia, rakyat negara ini perlu menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963 yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan Malaya 1957.

Katanya, perlembagaan itu bagaimanapun diubah suai oleh sebuah triti antarabangsa dan berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu iaitu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Perlembagaan Persekutuan 1963 yang asal adalah kontrak sosial dan kita perlu pastikan agar setiap jaminan, perakuan serta janji MA63 dikotakan malah boleh ditambah baik lagi dengan desentralisasi yang lebih mendalam dan meluas.

“Pada masa sama kita juga perlu menguruskan perubahan dengan berhati-hati dan janganlah mempercepat sebarang perubahan, sebelum sesuatu muafakat tercapai dengan suara hati semua pemegang taruh didengari dan diambil kira,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya, pengurusan perubahan menjadi lebih penting terutama apabila negara berhadapan dalam keadaan politik tanah air yang kurang stabil.

Dalam pada itu, beliau juga mengambil berat tentang desakan sepuluh Badan Bukan Kerajaan (NGO) Muslim untuk menyegerakan pindaan Perlembagaan disebabkan kekhuatiran kes mahkamah yang mencabar kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menggubal undang-undang Islam.

“Saya berempati tentang kekhuatiran saudara Muslim tetapi saya merayu dan memohon kebijaksanaan semua pihak agar proses ini tidak dikendalikan secara mendadak.

“Saya memohon kebijaksanaan Raja-raja Melayu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Datuk Hamzah Zainuddin, pimpinan semua parti politik dan NGO daripada pelbagai komuniti untuk melihat sesama lain sebagai pemegang taruh dalam semua isu yang melibatkan kaum, agama dan bahasa,” katanya.

Tambahnya, diharap semua pihak dapat bersatu membawa musyawarah dan membina muafakat terhadap segala isu membabitkan kaum, agama dan bahasa untuk mengelakkan keputusan terdesak.

“Untuk semua isu yang sensitif, semua pemegang taruh sekurang-kurangnya perlu diberitahu dan suara mereka didengari.

“Ini satu-satu caranya kita boleh mengelakkan tercetusnya perbalahan politik daripada pihak yang cuba menangguk di air keruh, jangan sampai semua pihak memobilisasikan akar-umbi untuk mendesak atau membantah. Masa itu terlalu lewat untuk menyejukkan suhu,” katanya.

Beliau juga meminta agar semua pihak menghargai sesama rakyat Malaysia sebagai saudara dan bersama-sama mencari penyelesaian yang paling kemas semasa tarikh keramat Hari Malaysia yang mulia dan bersejarah ini.

“Mari kita tunjukkan kepada tetangga kita bahawa Malaysia juga, bukan saja Indonesia, berupaya mencapai ‘Kesatuan kepada Kepelbagaian',” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.046353 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list