CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15884|Reply: 0

[Sabah] Sistem parkir pintar perlu diperkenalkan: Simon

[Copy link]
Post time 15-9-2023 08:54 PM | Show all posts |Read mode


SIMON

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) diseru untuk mengguna pakai teknologi terbaharu dalam sistem parkir kenderaan di sini.

Ketua Penerangan Parti Liberal Demokratik (LDP) Simon Chin berkata, sistem kupon yang diguna kini mempunyai kelemahan yang tersendiri, oleh itu ia wajar diganti dengan penggunaan teknologi lebih canggih.

"Kelemahan itu berdasarkan aduan daripada pengguna di sekitar bandaraya ini yang mana mereka kurang memahami untuk menentukan tempoh masa parkir dengan sistem yang diguna pakai sekarang.

"Mereka pula akan disaman RM10 sekiranya gagal menentukan masa sesuai dalam kupon parkir berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, disebabkan kekurangan pengetahuan dalam perihal itu, denda yang dikenakan kepada pengguna adalah tidak adil.

Menurutnya, rakyat kini semakin sibuk berurusan dengan agensi kerajaan dan sebagainya sejak tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kesesakan ketika berurusan dalam agensi kerajaan ataupun bank menyebabkan tempoh masa diperlukan adalah lebih lama.

"Sekiranya pengguna hanya menggores kupon parkir selama satu jam, tetapi menunggu giliran selama tiga jam bagi berurusan, maka sudah pasti pengguna ini akan disaman.

"Tetapi sekiranya mereka menggores kupon itu untuk tempoh tiga jam tetapi berjaya selesaikan urusan dalam tempoh satu jam, maka mereka telah membazirkan kupon berkenaan untuk tempoh baki dua jam.

"Keadaan ini sangat tidak adil kepada pengguna, khususnya kini dalam tempoh ekonomi yang lemah," katanya.

Oleh itu, Simon mencadangkan DBKK untuk mengguna pakai sistem parkir pintar agar pengguna tidak lagi perlu bimbang disaman kerana tempoh parkir berlebihan.

Katanya, sistem pintar itu juga akan memudahkan kerja-kerja penguatkuasa dan pada masa sama boleh menamatkan penggunakan kertas untuk lebih mesra alam.
Menurutnya, dalam era teknologi kini, masyarakat mengambil berat mengenai alam sekitar dan mahukan keselesaan.

"Sebagai Ibu Kota Sabah, DBKK wajar mengguna pakai teknologi baharu untuk memperkasakan sistem parkir sedia ada.

"Sistem pintar itu bukan sahaja akan memudahkan para pengguna untuk membayar yuran parkir tetapi juga membolehkan mereka menambah nilai yuran parkir serta memeriksa tempoh masa parkir secara atas talian.

"Ini memudahkan tanpa mahukan mereka yang berurusan di jabatan kerajaan atau bank untuk kembali ke kereta masing-masing menggores kupon parkir bagi menambah tempoh masa meletak kenderaan," katanya.

Simon menjelaskan sistem baharu itu adalah lebih mesra pengguna dan kos efektif untuk tempoh masa yang panjang.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.173142 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list