CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3899|Reply: 0

[Kedah] Jalur Gemilang gergasi megah berkibar di puncak Gunung Baling

[Copy link]
Post time 15-9-2023 05:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 15-9-2023 05:50 PM

Jalur Gemilang gergasi megah berkibar di puncak Gunung Baling

oleh ROSLINDA HASHIM15 September 2023  05:18pm





Peserta memasang Jalur Gemilang di puncak Gunung Baling. - Foto: APM Kedah




BALING - Jalur Gemilang gergasi megah berkibar di puncak Gunung Baling dengan ketinggian 420 meter dari aras laut sempena meraikan Hari Kebangsaan ke-66 dan Hari Malaysia ke-60.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling, Leftenan Pertahanan Awam (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, bendera bersaiz anggaran 3 meter lebar dan 15 meter panjang itu berjaya dinaikkan ke puncak pada jam 12.30 tengah hari Khamis.

Menurutnya, aktiviti santai itu bukan sahaja untuk beriadah, sebaliknya untuk memupuk semangat kebangsaan selain menghargai nilai kemerdekaan dalam kalangan peserta.

“Program kibaran Jalur Gemilang di puncak Gunung Baling disertai 30 peserta termasuk APM Baling, APM ibu pejabat Kedah, Majlis Daerah Baling dan Kolej Komuniti Baling dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Baling.



Jalur Gemilang megah berkibar di puncak Gunung Baling dengan ketinggian 420 meter dari aras laut.





“Program ini juga merupakan kolaboratif kami bersama penduduk Baling untuk merapatkan hubungan agensi dengan masyarakat setempat,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, program seumpama juga dapat meningkatkan kerjasama antara agensi dan masyarakat dalam memupuk kecintaan kepada tanah air dalam masyarakat khususnya golongan belia.

“Jalur Gemilang yang cantik berkibar itu dijahit oleh pelajar Kolej Komuniti Baling menggunakan 66 helai bendera simbolik sambutan ke-66 kemerdekaan negara.




Peserta bergambar bersama Jalur Gemilang gergasi sebelum dibawa ke puncak Gunung Baling - Foto: APM Kedah



“Ucapan terima kasih kepada rakan strategik yang menjayakan program ini iaitu, Pejabat ADUN Bayu, syarikat Harfa, Nasi Ketapang JMJ, Kopi Kurma Latte, Warung Mat Noi Route67 serta Persatuan Bulan Sabit Merah daerah Baling,” ujarnya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.046590 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list