CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2903|Reply: 0

[Sabah] Halang tugas dan ugut penjawat awam, pesara tentera dipenjara

  [Copy link]
Post time 14-9-2023 08:20 PM | Show all posts |Read mode


TAWAU: Seorang pesara tentera dihukum penjara 16 bulan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menghalang tugas dan melakukan ugutan jenayah terhadap penjawat awam, Januari lepas.

Tertuduh Ummarang Manti, 49, didapati bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, tertuduh didapati melakukan kesalahan itu pada 27 Januari lepas kira-kira jam 10 pagi di sebuah rumah Taman Semarak Fasa B2, Jalan Kuhara.

Tertuduh didapati telah menghalang tugas penjawat awam, Mohd Hadi Mubri, 31, dalam menjalankan tugasnya mengambil sample air dalam air yang bertakung di belakang rumahnya.

Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin menjatuhkan hukuman lapan bulan penjara ke atas tertuduh dengan kes pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Jeffry Kadisun.

Manakala bagi pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang berlangsung di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjun dan pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Nur Intan Jamrin, tertuduh telah dikenakan hukuman lapan bulan penjara.

Bagi kesalahan itu tertuduh didapati telah melakukan ugutan jenayah dengan menakutkan Mohd Radianshah Rahmat, 29, dengan menunjukkan senjata jenis pisau dan didapati melakukan kesalahan itu pada tarikh, masa dan lokasi sama.

Mengikut fakta kes, kedua-dua pengadu yang juga kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah ke rumah tertuduh bagi menjalankan operasi penguatkuasaan (Pemeriksaan dan Pemusnahan Tempat Pembiakan Larva Nyamuk Aedes).

Kedua-dua mereka kemudian menemukan tempat air bertakung di dalam baldi yang disyaki menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes di belakang rumah tertuduh.

Semasa pengadu mahu mengambil sample air, tertuduh telah bertindak mengunci pintu belakang rumah dan masuk ke dalam rumah.

Tertuduh juga telah mengacukan pisau pemotong daging sebelum isterinya menenangkan tertuduh dan membuka pintu belakang rumah.
Mahkamah memerintahkan hukuman dijalankan secara serentak bermula tarikh sabit kes.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.052059 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list