CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2042|Reply: 0

[Sabah] Lelaki dipenjara lakukan perbuatan lucah

[Copy link]
Post time 14-9-2023 08:15 PM | Show all posts |Read mode


PADAH: Tertuduh (tengah) diiring keluar selepas prosiding mahkamah dijalankan.

TAWAU: Seorang lelaki dihukum penjara setahun di Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan lucah terhadap seorang wanita, Ogos lalu.

Tertuduh, Raziman Ibrahim, 35, mengaku bersalah di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjun selepas pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Menurut fakta kes, tertuduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah bernombor di Kampung Tanjung Batu Keramat kira-kira jam 3 petang pada 19 Ogos lepas.

Tertuduh telah menunjukkan kemaluan dengan membuat panggilan video melalui telefon kepada pengadu yang berusia 38 tahun dengan niat melakukan perbuatan lucah.

Kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut kesalahan Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh dihukum penjara mula tarikh tangkap.

Kes pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Nur Intan Jamrin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


https://www.utusanborneo.com.my/2023/09/14/lelaki-dipenjara-lakukan-perbuatan-lucah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.306392 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list