CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2989|Reply: 0

[Kedah] Mahkamah: Pesawah menipu dipenjara 26 tahun 9 bulan, denda RM37,000

[Copy link]
Post time 13-9-2023 05:15 PM | Show all posts |Read mode

Aznan mengaku bersalah atas 13 pertuduhan menipu yang didakwa dilakukannya antara Mac 2018 hingga Februari lepas.

ALOR SETAR – Seorang pesawah dihukum penjara 26 tahun sembilan bulan dan denda RM37,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas 13 pertuduhan menipu antara Mac 2018 hingga Februari, tahun ini.

Tertuduh, Aznan Othman, 56, mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan tersebut yang melibatkan kerugian berjumlah RM32,200 dalam kalangan 12 mangsanya.

Dia turut diperintahkan menjalani hukuman penjara selama lima tahun 11 bulan jika gagal membayar denda ditetapkan.

Sebanyak tujuh pertuduhan dibuat di hadapan Majistret Zulhilmi Latif dengan kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nasruna Anhar Nordien dan tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Roshida Ismail.

Selebihnya, pertuduhan terhadap tertuduh dibuat di hadapan Majistret, Siti Norhidayah Mohd. Noor dengan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurfatin Mastura Asri manakala tertuduh diwakili peguam YBGK, Nor Emelia Mohamed Norizal Thiru.

Kesemua pertuduhan ke atas bapa kepada seorang anak itu dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara antara setahun hingga 10 tahun, sebat dan denda.

Tertuduh bagaimanapun terlepas daripada hukuman sebat disebabkan faktor umur. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... ulan-denda-rm37000/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.054588 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list