CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2762|Reply: 0

[Kedah] Lelaki menyamar pegawai JPJ, polis sejak 2018 akhirnya tumpas

[Copy link]
Post time 13-9-2023 04:49 PM | Show all posts |Read mode

Ahmad Shukri



ALOR SETAR - Polis menahan seorang lelaki kerana menyamar sebagai pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di kawasan Jalan Gangsa dekat sini pada 19 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, suspek juga turut menyamar sebagai pegawai polis dan telah melakukan sembilan kes penipuan sejak 2018 sehingga Februari lalu.

Menurutnya, suspek menyasarkan mangsa kebanyakannya kalangan warga emas yang tinggal di kawasan perkampungan.

    “Bertindak atas risikan Op Puyuh, sepasukan polis menahan seorang lelaki tempatan dalam keadaan mencurigakan di Jalan Gangsa, sekitar 6.30 petang.

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek, polis berjaya merampas sebuah motosikal jenis Honda Vario 150 warna merah, pakaian lengkap dengan logo JPJ antaranya sehelai T-shirt biru gelap, sehelai jaket berzip, vest serta berey berlogo JPJ,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini pada Rabu.

Ahmad Shukri berkata, suspek mengaku terlibat dalam penipuan itu setelah memperdaya mangsa-mangsa dengan menawarkan penjualan motosikal secara lelong yang tidak wujud.

“Mangsa yang berminat dengan tawaran harga murah tersebut telah menyerahkan wang tunai kepada suspek, namun menyedari ditipu setelah tidak menerima motosikal yang dijanjikan selain suspek telah menghilangkan diri,” jelasnya.

Menurutnya, suspek juga menyamar sebagai pegawai polis dengan memperdaya mangsa kononnya dapat membantu membebaskan tahanan yang ditahan polis dengan syarat membuat sejumlah bayaran yang ditetapkan.

“Mangsa kemudian menyedari mereka ditipu setelah tahanan masih tidak dibebaskan sedangkan bayaran telah dibuat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, iaitu menipu dengan mendorong supaya harta diserahkan dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun, dengan sebatan serta denda,” katanya.

Ahmad Shukri memaklumkan, suspek didakwa di Mahkamah Majistret Alor Setar pada Rabu.

Dalam pada itu, Ahmad Shukri menasihati orang ramai supaya mengambil langkah berhati-hati dan jangan mudah percaya kepada orang tidak dikenali.

“Warga emas khususnya diingatkan jangan mudah percaya dengan sindiket tawaran jualan barang dengan harga terlalu murah. Rujuk dengan agensi terlibat terlebih dahulu sekiranya didatangi individu yang mengaku pegawai agensi terbabit,” ujarnya.

Beliau turut meminta orang ramai memainkan peranan sebagai mata dan telinga kepada polis dengan menyalurkan maklumat aktiviti jenayah komersial melalui saluran CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 / 03-26101599 atau aplikasi WhatsApp CCID Infoline di talian 013-2111222 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

https://www.sinarharian.com.my/a ... 018-akhirnya-tumpas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 03:38 AM GMT+8 , Processed in 1.436314 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list