View: 943|Reply: 0
|
[Kedah]
Ajal dirempuh lori terbabas
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2023-09-13_15-38-25_1694590881.jpg)
Lokasi kemalangan yang membabitkan sebuah motosikal dengan sebuah lori di Jalan Bukit Mak Insun. FOTO IHSAN PDRM
Pendang: Seorang wanita warga emas berusia 60-an maut sejurus dilanggar lori hilang kawalan dan terbabas di Jalan Bukit Mak Insun, di sini.
Kemalangan berlaku jam 5 petang semalam, ketika lori itu dipandu lelaki berusia 20-an dari arah Padang Pusing ke arah Padang Lembu di ini.
Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, mangsa yang menunggang motosikal seorang diri tidak sempat mengelak sebaik menyedari sebuah lori terbabas memasuki laluannya.
"Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik.
"Pemandu lori itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan ditahan untuk membantu siasatan," katanya tadi.
Arriz Sham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu dan membahayakan dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, kedua-duanya tidak mempunyai lesen dan mangsa tidak memakai topi keledar.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... empuh-lori-terbabas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|