CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2726|Reply: 0

[Sabah] Bekas pengurus kanan GLC ditahan, rasuah bernilai RM26,000

[Copy link]
Post time 13-9-2023 01:19 PM | Show all posts |Read mode


S.KARUNANITHY

KOTA KINABALU: Seorang bekas pengurus kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu bernilai RM26,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 40-an disyaki melakukan perbuatan itu antara November 2017 hingga Januari 2018.

“Suspek dipercayai mengarahkan sebuah syarikat untuk menjalankan kerja-kerja penggantian tiga jenis paip di sebuah kilang berasaskan produk minyak sawit, namun ia tidak dilaksanakan,” katanya.

Katanya, suspek ditahan kira-kira jam 10.30 pagi tadi, di Pejabat SPRM Cawangan Tawau ketika hadir memberi keterangan dan dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan suspek akan dituduh esok di Mahkamah Khas Rasuah Tawau, Sabah.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.159778 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list