CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2831|Reply: 0

[Sabah] 11 keluarga dipindahkan akibat banjir

[Copy link]
Post time 13-9-2023 01:14 PM | Show all posts |Read mode


PANTAU: Anggota bomba menjalankan pemantauan di kawasan banjir bagi langkah berjaga-jaga.

TAWAU: Kira-kira 11 keluarga terjejas dan terpaksa dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air banjir, di Kampung Rawa-Rawa, Batu 4 Jalan Apas, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.27 pagi.
Katanya, seramai lapan anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, kawasan kampung berkenaan sudah mengalami banjir dan beberapa buah rumah turut dinaiki air.

“Pasukan bomba terus menjalankan operasi dan seramai 12 orang penduduk terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.



BANJIR: Kawasan jalan raya utama turut dinaiki banjir di sekitar Batu 3 hingga Batu 4 Jalan Apas.

Menurutnya, pasukan bomba membuat pemantauan di kawasan kampung berkenaan dan sekitarnya sebagai langkah berjaga-jaga.

“Setakat ini, tiada laporan mengenai kecederaan terhadap mangsa dan operasi ditamatkan pada jam 7.28 pagi sebaik paras air mula surut,” katanya.

Terdahulu, berdasarkan permerhatian, aliran trafik dari jalan utama Batu 3 hingga bulatan Batu 4 Jalan Apas perlahan ekoran air naik sehingga ke jalan raya.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut kelihatan membantu di sekitar kawasan berkenaan bagi kelancaran aliran trafik.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.185035 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list