CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2680|Reply: 0

[Sabah] Pembonceng wanita terbabit kemalangan meninggal semasa terima rawatan

[Copy link]
Post time 13-9-2023 01:13 PM | Show all posts |Read mode


MAUT: Keadaan kemalangan di lokasi kejadian.

KOTA KINABALU: Seorang pembonceng wanita maut selepas motosikal ditunggang suaminya terbabit dalam kemalangan bersama dua kenderaan lain di Jalan Pulutan, Manggatal, di sini pada jam 8.25 pagi kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata mangsa berumur 34 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas pada hari yang sama pada jam 10.10 pagi.

“Hasil siasatan mendapati, kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu motosikal, lori dan pacuan empat roda.

“Semasa kejadian, pemandu lori lelaki berumur 47 tahun dari arah Kampung Pulutan dalam perjalanan menuju ke sebuah bengkel.

“Sebaik tiba di hadapan bengkel, semasa hendak memasuki simpang kanan, sebuah motosikal dinaiki pasangan suami isteri yang datang dari arah belakang dipercayai memotong di kawasan persimpangan berkenaan menyebabkan berlaku perlanggaran di bahagian hadapan sebelah kanan lori berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata impak perlanggaran menyebabkan penunggang dan pembonceng terbabas ke arah kanan sebelum terlanggar bahagian belakang kereta pacuan empat roda yang ketika itu berada dibahu kanan jalan.

“Penunggang motosikal dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQEI) manakala pembonceng dihantar ke Hospital HWKK Likas oleh ambulans untuk rawatan lanjut.
“Pada jam 10.10 pagi hari yang sama, pembonceng disahkan meninggal dunia akibat parah di bahagian kepala.

“Penunggang motosikal berumur 29 tahun yang mengalami kecederaan ringan masih menerima rawatan di HQE1.

“Kedua-dua pemandu lori dan pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Tambahnya siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.065511 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list