CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2491|Reply: 0

[Perak] Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan 16 tahun hilang sebulan lalu

[Copy link]
Post time 12-9-2023 04:44 PM | Show all posts |Read mode


IPOH: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak bulan lalu.

Remaja itu, Nur Amira Abdullah yang beralamat di Taman Chandan Desa, Kampung Kepayang di sini kali terakhir dilihat di rumahnya pada 21 Ogos 2023.

Laporan kehilangan remaja itu kemudian dibuat abang remaja terbabit di Balai Polis Simpang Pulai pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi remaja itu berada boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Nurazliza Nordin di talian 019-2403992.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ilang-sebulan-lalu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.260145 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list