View: 4143|Reply: 21
|
Kongsi Video Depan Elephant Rock, Johan As’ari Pula Pergi Bercuti Ke Kota Al Ula
[Copy link]
|
|
Sebelum ini kecoh bila Zul Ariffin bercuti ke Kota Al Ula, Arab Saudi sampai mengundang kecaman pelbagai pihak.
Terbaharu, Johan As’ari pun tak nak melepaskan peluang berkunjung ke kota yang terletak kira-kira 400 kilometer (km) dari Madinah itu.
Foto: IG
Di IG, Johan sempat berkongsi momen-momen dia menjejakkan kaki ke kota tersebut.
Video yang dimuat naik Johan itu memaparkan keindahan Kota Al Ula serta sempat merakam momen berlatarbelakangkan Elephant Rock yang menjadi mercu tanda kota bersejarah itu.
Menurut Johan, dia melawat ke kota tersebut hanya sekadar untuk mengambil pengajaran.
“Bertandang ke Al Ula sekadar untuk mengambil iktibar. SubhanaAllah,” kongsinya ringkas.
Untuk info, asal usul Kota Al Ula menurut kajian telah wujud sejak abad ke-6 SM. Kota ini diasaskan oleh orang Lihyanite iaitu sebuah suku Arab kuno.
Sebenarnya tempat dilaknat itu adalah Al Hijr ataupun dikenali sebagai Mada’in Saleh iaitu berdekatan dengan Kota Al Ula.
Al-Ula dan Mada’in Saleh adalah dua tempat berbeza. Mada’in Saleh terletak pada jarak 25 kilometer dari Al-Ula yang telah dijadikan bandar pelancongan oleh kerajaan Arab Saudi.
Difahamkan, untuk memasuki ke kawasan Mada’in Saleh perlu mendapat permit terlebih dahulu.
Kini Mada’in Saleh menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO yang pertama di Arab Saudi. -CARI
Sumber: XTRA
|
|
|
|
|
|
|
|
terpaling iktibar, terpaling menunggang.... berlakon gitu je lah muka kau over macam tak cukup nyawa... |
|
|
|
|
|
|
|
Tempat dia cantikkkan.. kalo tak tau nabi tak bg pi mmg garit aku nak pi.. ingat semua tmpt boleh jln |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni kalau tak menunggang tak sah. Tak payah nak cakap ambik iktibar ke apa la noks.
Selayaknya sendu je karier & hidup |
|
|
|
|
|
|
|
Cubaan nak keluar peti ais la tuu |
|
|
|
|
|
|
|
Kecoh la.. boleh je pegi Kota Al-Ula ni.. yang kena apply permit tu Mada'in Saleh. Kota Kaum Tsamud kena timbus tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam kitab xde ckp pun sekian2 bahagian Al Ula blh pegi.. Nabi sebut Al Ula.. so faham2 saja lah..
Org islam ni lagi dilarang.. lagik tu laa nak pegi dan nak buat..
Suka sangat ikut ckp Iblis dari Allah dan Nabi larang |
|
|
|
|
|
|
|
so ada sempadan2 yg makruh pegi la kan?
kira macam mukim tapi daerah tu boleh je masuk? |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 12-9-2023 03:33 PM
Tempat dia cantikkkan.. kalo tak tau nabi tak bg pi mmg garit aku nak pi.. ingat semua tmpt boleh jl ...
Baca lagi bg faham kawasan apa yg xbagi pergi. Janganlah samakan Kg Baru dengan Sentul contohnya. |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 12-9-2023 06:50 PM
Baca lagi bg faham kawasan apa yg xbagi pergi. Janganlah samakan Kg Baru dengan Sentul contohnya.
Entah.. ade kate boleh.. ade kata tak bolehh.. kalo nabi masih idup senang.. terus tanye pd baginda . Ini dah wafat zaman berzaman.. amal.ibadat yg aku buat ni pun tah tah salah..harap harap betullaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ko ni kan, tak bagi lansung julripin tu nak mendunia kejap. |
|
|
|
|
|
|
|
duquesne replied at 12-9-2023 06:31 PM
Kecoh la.. boleh je pegi Kota Al-Ula ni.. yang kena apply permit tu Mada'in Saleh. Kota Kaum Tsamud ...
Biasalah dek non org kita sejenis pemalas membaca dan belajar dan mengkaji dek nonnnn... |
|
|
|
|
|
|
|
Kelmarin, masa di Madinah, ada juga tanya mutawif.
Ustaz pilot pun ada dalam jemaah kami sebab dia uruskan beberapa jemaah haji yang belum boleh balik asbab ada yang sakit ditahan di hospital.
Jawapannya, kita ke tanah suci untuk beribadah, makanya, kita buatlah yang diwajibkan dan disunatkan.
Yang dilarang rasulullah tu, kita jauhkan. Redha dan keberkatan-Nya tu lebih penting. Banyak lagi tempat² yang sunat untuk diziarahi.
Giteww... wallahu'alam. |
|
|
|
|
|
|
|
So zul arifin memang masuk kat tempat laknat tu ke tidak sebenarnya? Soalan serius ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antiQue at 12-9-2023 09:22 PM
Study lah dulu Al Ula kat mana, Madain saleh tu pulak kat mana sebelum nak kecam sana kecam sini. Study lah dulu mana tempat yang 'dikatakan' kawasan kaum tsamud. Carilah fakta kenapa orang melawat al Ula. Lepas tu ambilkira juga kajian arkeologi yang masih berterusan. Jangan lah orang kecam, kamu nak kecam. Orang sebut al Ula, kamu sebut al Ula.
Netizen ni punya confidence kadang2 menakutkan. Dia fikir nak kecam aja dulu. Fakta dia letak kat belakang. |
|
|
|
|
|
|
|
Laut mati,laut merah tu pun tempat dilaknat Allah jugak kan?tapi ramai je umat Islam pegi sana,xde bising pun.
Al ula ni sebab netizen baru tahu tentang hukum melawat tempat ni,sebab tu dorang menyalak2 konon doranglah terpaling mengetahui bila ada org pegi ke situ.terpaling bethol
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila kau nak perkenalkan kekasih kau si N yang katanya seorang usahawan tanah yang memiliki ijazah Doktor Falsafah dalam jurusan Sains Politik dari Universiti di United Kingdom dan kini menetap di peghelih itu?
Azra diera kekasih dudanya pah bedah pun orang peghelih jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Johan bertandang ke Al Ula sekadar mengambil ikhtibar tu ermm Johan mungkin tak patut pun nk ambil ikhtibar sbb tmpt dia pergi tu bukanlah tempat yg di larang ???????????????????? |
|
|
|
|
|
|
|
What is Al-Ula like today?
Al Ula is one of the newest tourist development projects in Saudi Arabia.
In April 2021, Crown Prince Mohammad Bin Salman announced a sweeping development plan known as the "Journey through Time Masterplan." This has led to the expansion of Al Ula's airport and ultimately hopes to bring in more than two million tourists a year and create 38,000 new jobs.
This Masterplan seeks to support the local communities while also applying a sustainable, "light touch" approach to tourism to protect the fragile archaeological treasures and the desert ecosystem.
Crown Prince Mohammad Bin Salman has even begun a Royal Commission for Al-Ula, marketing the city as "the world's largest living museum, where contemporary art coexists with ancient heritage."
Al-Ula is home to many different sites that will become exciting tourist destinations in the coming years.
Here are some of the other tours and experiences Al-Ula has to offer!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|