CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1966|Reply: 0

[Kedah] Dua beradik cilik diuji sakit kanser, jantung

[Copy link]
Post time 12-9-2023 11:20 AM | Show all posts |Read mode

Nur Syazwani bersama anak-anaknya, Puteri Saidatul (kiri) dan Puteri Izzatunnisa menunjukkan laporan perubatan ketika ditemui di rumah mereka di Taman Sri Tandop, Alor Setar baru-baru ini.

ALOR SETAR – Pada usia yang masih muda, dua adik-beradik ia­itu Puteri Saidatul Nisa Mohamad Zamzury dan Puteri Izzatunnisa menempuh dugaan berat apabila menderita penyakit kronik.

Puteri Saidatul Nisa, 10, menghidap penyakit jantung ketika berusia enam bulan sementara adiknya, Puteri Izzatunnisa, 6, menderita kanser adrenal sejak 2020.

Ibu mereka, Nur Syazwani Ramli, 31, berkata, kedua-dua anaknya itu terpaksa menjalani rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Hospital Gleneagles Pulau Pinang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) setiap bulan selain menjalani pembedahan sebelum ini.

“Puteri Saidatul pernah me­lakukan pembedahan jantung pada 2013, tetapi masih perlu melakukan pemeriksaan berkala. Adiknya pula dibedah empat kali dan menjalani kemoterapi di HKL pada 2020 hingga 2021 bagi membuang ketumbuhan itu.

“Sekarang Nisa (Puteri Izzatunnisa) perlu ke HKL setiap bulan untuk suntikan hormon. Doktor beritahu sel kanser sudah tiada, tetapi masih perlu dipantau,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Taman Sri Tandop, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, dia mengesan barah ketika anaknya berusia tiga tahun apabila perut kanak-kanak itu buncit.

“Doktor sahkan dia menghidap barah adrenal tahap empat. Semua rawatan dibuat di HKL kerana tiada doktor pakar di sini. Ketika dibedah sebelum ini, saya berkampung hampir setahun di HKL,” kata suri rumah itu.

Jelas Nur Syazwani, suaminya, Muhamad Zamzury Md. Znan, 29, bekerja sebagai pembantu kedai dengan gaji RM1,500 sebulan. Setiap bulan mereka membawa Puteri Izzatunnisa menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur.

“Makan minum kami tidak kisah kadang-kadang makan nasi dan telur sahaja. Yang penting dapat simpan duit untuk rawatan anak-anak,” tambahnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun CIMB milik Nur Syazwani bernombor 7610119295.
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... kit-kanser-jantung/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.061556 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list