View: 2479|Reply: 2
|
Rangka Mayat Ibu, Anak Ditemukan Bersandar Di Tandas Rumah, Polis Siasat Punca Kematian
[Copy link]
|
|
Depok: Susulan penemuan rangka mayat ibu dan anak di sebuah rumah, pasukan penyiasat Polis Metro Jaya memaklumkan sudah selesai melakukan siasatan dan mengambil sampel di lokasi tersebut.
Siasatan di rumah itu berlangsung selama dua setengah jam dan merupakan kali kedua dilakukan.
POLIS berkawal di depan rumah dua beranak yang rangka mayat mereka ditemukan di Depok. - AGENSI
Jurucakap Polis Metro Jaya, Samian memberitahu, siasatan kali kedua di lokasi kejadian dilakukan bagi mengenal pasti gaya hidup dua beranak itu.
“Pasukan penyiasat meneliti pelbagai aspek yang ada di dalam rumah tersebut yang boleh menyebabkan kedua-dua beranak itu meninggal dunia.
“Kami berharap selepas siasatan dilakukan, polis boleh menyimpulkan punca dan bagaimana mereka meninggal dunia, sama ada dibunuh atau mati mengejut,” katanya.
Antara yang ditemukan polis termasuk sejumlah resit bayaran dan bekas makanan.
Terdahulu, mayat seorang wanita dan anak lelakinya ditemukan dalam keadaan rangka di rumah mereka di Depok, Jawa Barat pada Khamis lalu.
Kedua-duanya ditemukan dalam keadaan bersandar di dinding tandas yang tidak berkunci.
Ketika di lokasi kejadian, polis juga menemukan bungkusan coklat dan nota tertulis ‘to you whomever’ dalam komputer riba.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
misteri betul.
dah jadi rangka tu lama sangat dah meninggal. soal jawab pon mungkin dah selesai walaupon belum masuk kubur. |
|
|
|
|
|
|
|
intan244 replied at 11-9-2023 12:00 PM
misteri betul.
dah jadi rangka tu lama sangat dah meninggal. soal jawab pon mungkin dah selesai wala ...
Jiran sblh tak perasan ke ...takkan xde bau busuk |
|
|
|
|
|
|
| |
|