CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2206|Reply: 0

Rakyat Uzbekistan Perlu Henti Bela Harimau, Buaya

[Copy link]
Post time 11-9-2023 09:43 AM | Show all posts |Read mode
Tashkent, Uzbekistan – Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev menandatangani pindaan undang-undang berkaitan perlindungan hidupan liar yang melarang penduduk negara itu memelihara haiwan spesies tertentu termasuk beruang, buaya dan harimau di rumah mereka, lapor laman berita RT.


Larangan itu bertujuan melindungi alam sekitar serta memelihara dan mengekalkan biodiversiti. Ia juga menjadi asas dalam memastikan kehidupan stabil serta memelihara populasi semula jadi haiwan liar terutamanya spesies jarang ditemui dan terancam.






Pihak berkuasa Uzbekistan bagaimanapun belum mendedahkan senarai penuh spesies yang diberikan perlindungan khas di bawah undang-undang baharu tersebut.


Media Uzbekistan sebelum ini memetik Kementerian Alam Sekitar sebagai berkata bahawa  lebih 50 spesies akan dilindungi termasuk harimau dan buaya serta spesies beruang, ikan, ular dan serangga tertentu.


Di bawah pindaan undang-undang baharu itu, penduduk tidak lagi boleh memelihara spesies haiwan liar tertentu dalam keadaan separa bebas, sama ada dalam habitat buatan atau kurungan. – Agensi




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.049244 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list