View: 13342|Reply: 10
|
Lelaki Meraung Di Balai Polis Lapor Ayam Hilang
[Copy link]
|
|
Jakarta: Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang lelaki berbadan tegap meraung ketika membuat laporan mengenai kehilangan ayamnya di balai polis, lapor laman berita Detik hari ini.
Kejadian yang dikatakan berlaku di Balai Polis Tebo, Jambi itu dimuat naik dalam akaun TikTok @adi.sudirja.25.
Lelaki itu ditenangkan beberapa pegawai di Balai Polis Tebo. - Detik
“Ayam saya hilang, tuan. Tuan, ayam saya hilang,” kata lelaki tersebut dalam keadaan menangis teresak-esak sambil ditenangkan beberapa anggota polis.
“Jangan pegang saya, jangan tenangkan saya. Biar kejadian itu diketahui ramai,” tambah lelaki itu.
Selepas diberi air mineral, tangisan lelaki tersebut mula reda dan dia kemudian melaporkan kes itu kepada polis.
“Tolong rekodkan, tuan (laporan). Nama ayam saya Ahmad Saputra, tuan,” kata lelaki itu.
Selepas kejadian itu tular, Ketua Polis Tebo, Wayan Arta Ariawan berkata, video tersebut dirakam hasil kerjasama pihaknya dengan seorang lelaki bernama Adi Sudirja.
“Video itu memberi pesanan bahawa Polis Tebo sedia berkhidmat untuk masyarakat dalam apa jua kes tanpa terkecuali,” jelasnya.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
“Tolong rekodkan, tuan (laporan). Nama ayam saya Ahmad Saputra, tuan,” kata lelaki itu.
![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 10-9-2023 10:29 PM
brp ayam byk ka sikit, ayam bertarung ka |
|
|
|
|
|
|
|
hodohnya org tua nanges gegara kehilangan ayam |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin dia dah bela sebaiknya. Tu yg kesal betul tu |
|
|
|
|
|
|
|
malu maluin aja disebabkan ayam seekor menyusahkan pak polisi. |
|
|
|
|
|
|
|
ayam sabung kot.. mahal ler. sbb dah dilatih.
pernah pergi vet. ada org dtg bwk ayam sabung mcm ada kulat kat belatuk nya. dia nk mtk ubat la kor.
doktor marah. suruh bwk balik sbb nanti dia boleh kena saman kata nya..
. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapakah?
doc tak dibenarkan lihat ayam itu sebagai ayam tetapi sebagai ayam sabungkah? ayam sabung tak boleh diubati di vet kerana undang-udang larangkah?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|