View: 12117|Reply: 17
|
Sofia Dendroff Disapa 'Sofia Kelemumur' Oleh Netizen, Tak Kisah Asalkan Tak Melampaui Batas
[Copy link]
|
|
Pelakon kelahiran Singapura, Sofia Dendroff menyifatkan segelintir netizen Malaysia kreatif apabila memanggilnya dengan gelaran 'Sofia Kelemumur' sebagai sebutan nama bapanya.
Sofia, 32, berkata, dia tidak menyangka akan digelar dengan panggilan itu dan cuba menerimanya secara positif.
"Tak sangka juga mereka (netizen) panggil saya 'Sofia Kelemumur' kerana sebutan nama bapa walaupun tidak betul sebenarnya. Tapi, itulah netizen di media sosial dan saya harus terima selagi ia tidak melampaui batas.
"Saya pun masih baru nak membina karier lakonan di negara ini. Alhamdulillah, saya semakin mendapat peluang itu (berlakon) dan rasa berbaloi juga buat keputusan berhijrah ke Malaysia," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya juga komennya berkaitan pengakuan pelakon Andy Teh, 38, yang mengakui dia memiliki ciri-ciri wanita idaman, Sofia berkata dia terkejut dengan kenyataan disiarkan di media, baru-baru ini.
"Saya dan Andy, tak dinafikan kami berhubungan baik dan rapat sebagai rakan sesama pelakon. Dia juga banyak tolong saya di dalam drama Aku Hanim yang berkisar pada sukan tinju ini.
"Apapun, saya memang tak sangka dia keluarkan kenyataan begitu. Saya menghormatinya, tapi buat masa sekarang tumpuan saya adalah memantapkan karier lakonan dulu," katanya.
Sofia berkata, masih banyak yang perlu dilakukannya untuk karier lakonan yang sangat diminati ini sebelum memikirkan untuk bercinta, seterusnya mendirikan rumah tangga.
Katanya, dia bagaimanapun tidak menolak jodoh, namun bukan dalam waktu sekarang kerana dia ingin pastikan berjaya dalam mengejar impian terhadap karier seni.
Menerusi drama Aku Hanim yang diarahkan Uzair Haqimy dan terbitan JS Pictures itu, ia turut membariskan pelakon seperti Elisya Sandha, Jaz Khan, Norreen Iman, Syaidatul Afifah, Adli Golden Boy dan ramai lagi.
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Byknyaa pelakonn baruu.. den tak konai |
|
|
|
|
|
|
|
Betol ke umo 32? Patutle nampak mcm akak nobita. Ni takkan nak kena panggil pelakon bbnu? Nak panggil pelakon baru lambat punch card ke? |
|
|
|
|
|
|
|
1st time tau ada nama gini
tp iols terhibur |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa sheols ni? Tak pernah tau kewujudan sheols. |
|
|
|
|
|
|
|
anilanil replied at 11-9-2023 02:38 AM
Betol ke umo 32? Patutle nampak mcm akak nobita. Ni takkan nak kena panggil pelakon bbnu? Nak panggi ...
Hahaha...cipta nama di Singapura dulu baru ke Malaya... Mcm Aron n adiputra dlu kot... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg nama dia seakan2 kelemumur |
|
|
|
|
|
|
|
Sofia ni quite popular juga di Singapore. Byk dah drama melayu & inggeris di Channel 5 & Suria ada dia. and she's good! |
|
|
|
|
|
|
|
Ada mix apa ni? Tp kesianla first drama dgn nobita. Mmg flop la |
|
|
|
|
|
|
|
cheezel replied at 11-9-2023 08:15 PM
Ada mix apa ni? Tp kesianla first drama dgn nobita. Mmg flop la
First drama jd heroin kat malaysia.. Dia penah jd watak antagonis dlm drama patah sayap bertongkat paruh tahun 2019 dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
sebab dia mixed blood. Kalau xsilap bapak dia Portuguese. Kalau tak silap la
|
|
|
|
|
|
|
|
Yep! Iols sgt invested dengan drama Kin kat Ch5 tu, masa tu la iols tgk Sofia ni berlakon. I love her character arc
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh layan drama sunny side up- menarik jalan ceritanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Supersirap replied at 11-9-2023 05:10 PM
Sofia ni quite popular juga di Singapore. Byk dah drama melayu & inggeris di Channel 5 & Suria ada d ...
Iols pernah baca blog dia jaman dulu2..masa tu latest post dia tu jaman2 dia sambung belajar kt aussie..dh kena hide dah post2 lama dia jaman dia sekolah menengah pun iols baca..punye la takde koje![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
rayna_raynes replied at 12-9-2023 12:22 AM
sebab dia mixed blood. Kalau xsilap bapak dia Portuguese. Kalau tak silap la
Kalau baca blog dia dulu..dia ada ckp mak dia lg lawa masa muda..lg bnyk sharp features
|
|
|
|
|
|
|
|
haaa nanti iols tgk. baru je renew subs mewatch haha
|
|
|
|
|
|
|
|
time iollss skola rendah tahun 2000an memang suka ejek2 panggil nama bapak..kalau bukhari jadi kari ayam, kalau jalili jadi bukit jalil.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|