CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5026|Reply: 0

[Kedah] Polis Kedah terus gempur sarang penagih di tiga daerah

[Copy link]
Post time 10-9-2023 05:01 PM | Show all posts |Read mode

Fisol.

ALOR SETAR – Polis Kedah menggempur sarang penagihan dadah di sekitar daerah daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Padang Terap dalam Ops Tapis dari 2 hingga 4 September lepas dalam usaha membasmi kegiatan itu di negeri ini.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, seramai 197 penagih dadah berusia antara 18 hingga 60 tahun berjaya diberkas dalam operasi yang ditumpukan di kawasan panas berkenaan.

“Lokasi itu merupakan kawasan panas terutama di Kota Setar melibatkan Kuala Kedah. Serbuan dilakukan ekoran kegusaran dalam kalangan masyarakat mengenai kegiatan penagihan dadah ini.

“Operasi tiga hari ini juga dilakukan di sekitar Sanglang, Jerlun, Naga, Tunjang di Kubang Pasu serta Felda Lubuk Merbau di Padang Terap yang melibatkan 20 pegawai serta 180 anggota polis,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Beliau berkata, daripada 197 tangkapan itu seramai 195 lelaki dan dua wanita yang ditahan atas pelbagai kesalahan, manakala operasi itu juga tertumpu kepada tokan kecil dan penagih dadah.

“Selain itu polis turut merampas, pelbagai jenis dadah termasuk heroin seberat 112.96 gram bernilai RM5,648, syabu (52.49 gram) bernilai RM5.249 dan daun ketum (915 gram) bernilai RM10,” ujarnya.

Menurutnya, operasi berkenaan adalah tindakan berterusan polis untuk membanteras kegiatan dadah di negeri ini.

“Sepanjang tahun ini kita berjaya memberkas sebanyak 6,000 individu terlibat dalam pelbagai kegiatan penagihan dan pengedaran dadah,” katanya.

Difahamkan, kawasan sekitar pelantar pendaratan ikan di Kuala Kedah dan ladang kelapa sawit serta kebun getah menjadi lokasi kegemaran penagih dadah melepaskan gian masing-masing.

Dalam perkembangan lain, kata beliau, polis berjaya menahan dua lelaki dan merampas sepucuk pistol di Taman Mergong Jaya, di sini pada 8 September lepas. Ujian saringan awal air kencing terhadap dua lelaki berusia 47 dan 36 tahun ini positif methamphetamine. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... gih-di-tiga-daerah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.039315 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list