CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2377|Reply: 0

[Pulau Pinang] JPJ sita 45 motosikal dalam operasi khas di BORR

[Copy link]
Post time 10-9-2023 12:00 PM | Show all posts |Read mode

Antara motosikal yang disita atas pelbagai kesalahan dalam Ops Khas Motosikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth. - Foto NSTP/Danial Saad

BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita 45 motosikal dalam Ops Khas Motosikal di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini, yang bermula awal hari ini.

Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan, berkata operasi bermula 1 pagi hingga 6.30 pagi itu turut mengeluarkan 450 notis saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Operasi dijalankan di kawasan itu selepas pihaknya menerima banyak aduan orang ramai berkaitan kegiatan lumba haram.

"Motosikal yang kita (JPJ) sita dan keluarkan saman kebanyakannya milik kalangan mat rempit. Antara kesalahan dilakukan ialah ubah suai motosikal sehingga berbahaya kerana telah kurangkan tahap keselamatan motosikal seperti pengubahsuaian ekzos, tiada brek belakang dan penggunaan tayar 'sotong' semata-mata meningkatkan kapasiti kelajuan," katanya selepas operasi berkenaan.


Menurut Lokman, hasil pemeriksaan mendapati kesemua yang terlibat dalam lumba haram itu berusia 15 hingga 30 tahun malah ada dalam kalangan mereka sanggup berbelanja RM1,000 hingga RM5,000 untuk mengubah suai motosikal.

Operasi itu bukan bertujuan menghukum sebaliknya bagi memastikan pematuhan undang-undang dan keselamatan jalan raya khusus dalam kalangan penunggang motosikal.

Dalam operasi sama, seorang gadis turut merayu kepada pihak JPJ agar tidak menyita motosikal Yamaha Y15 milik teman lelakinya yang ditunggangnya tanpa lesen, kerana dia menunggang motosikal tersebut tanpa pengetahuan lelaki itu yang sedang menghadiri acara permotoran di Terengganu.

Gadis tersebut yang bekerja sebagai jurujual, menaiki motosikal itu bersama rakannya dari Sungai Petani, Kedah ke Butterworth untuk makan di kawasan tersebut.

Selain motosikal disita, gadis berusia 19 tahun tersebut turut dikenakan empat notis saman membabitkan pelbagai kesalahan termasuk tiada cukai jalan, tiada insurans selain mengubah suai motosikal secara keterlaluan. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... perasi-khas-di-borr

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.059215 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list