View: 3863|Reply: 2
|
[Pulau Pinang]
21 terbabit nahas 6 kenderaan, seorang maut
[Copy link]
|
|
KEADAAN di lokasi kejadian. FOTO Ihsan Bomba
Nibong Tebal: Seramai 21 individu terbabit nahas membabitkan enam kenderaan termasuk dua treler di Kilometer (KM) 164.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) berhampiran susur keluar Bukit Minyak-Sungai Bakap dekat sini, awal pagi tadi.
Dalam kemalangan kira-kira 4 pagi itu, seorang wanita warga tempatan dilaporkan maut, seorang parah, lima cedera, manakala 14 individu lagi selamat.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan berhubung insiden berkenaan.
Katanya, sebaik tiba, didapati kemalangan membabitkan dua treler yang salah satunya membawa muatan kayu terbalik dan menyebabkan empat kenderaan lain terbabit nahas.
"Mangsa yang maut dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.
Jelasnya, operasi menyelamat masih lagi di jalankan untuk memastikan tiada lagi kenderaan atau mangsa yang tertimbus di bawah longgokan kayu berkenaan.
"Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... deraan-seorang-maut |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebuah treler membawa muatan kayu terbalik yang menyebabkan beberapa individu tersepit dan seorang wanita dilaporkan maut dalam nahas membabitkan enam kenderaan di Kilometer (KM) 164.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Bukit Minyak-Sungai Bakap, Nibong Tebal. - Foto bomba
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebuah treler membawa muatan kayu terbalik yang menyebabkan beberapa individu tersepit dan seorang wanita dilaporkan maut dalam nahas membabitkan enam kenderaan di Kilometer (KM) 164.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Bukit Minyak-Sungai Bakap, Nibong Tebal. - Foto bomba
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|