CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abadi84

10 bulan tak mau merangkak

[Copy link]
Post time 7-1-2011 10:35 PM | Show all posts
Anak sya yg sulung dulu pun tak merangkak...bila dah masuk 1 tahun..dah pandai berjalan..baru nak merangkak. yang kelakarnyer dia merangkak mcm ketam..hahaha. kalau ingat2 balik mesti nk gelak....
yang ke-2 nih pulak dah nk masuk 5 bln..bontot dah angkat2..beleh merangkak ker tak kena tengok laa kot2 ikut jejak langkag si abg..hehehr..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2011 03:28 PM | Show all posts
bkn pasal walker la..anak kakak aku 3bulan dah start letak dlm walker,skang 7bulan dah merangkak,gigi dah tumbuh 4 batang..kalau dibiar dia dah boleh berdiri dah..cepat sungguh..dari kecik lagi xdipakaikan sarung tgn,xdibedung pun..mmg progress dia cepat..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 12:04 AM | Show all posts
biasa ler bdak2 kdg2 progress lmbat sket..setiap baby berbeza2..anak gurl dah 11 bln..mrangkak pnya ler lmbat..10bln lbih baru mrangkak..ni dah mniti2..kat kerusi..meja...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 12:08 AM | Show all posts
ikut atas budak..tgk pada progress camne...x smua baby sama...anak gurl dok dlm walker umo 5 bln..mrangkak pnya ler lambat..dah 10 bln lbih baru mrangkak..duduk pastu mrangkak..mniti...ni asyik mniti kat meja2 n kerusi..ni bby gurl dah 11bln...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 10:16 AM | Show all posts
aku nak citer sketla dr anak kwn hubby aku..anak dia girl umur time tu dah 9bln.tapi apa pun tak dak.meniarap tak nak,berguling tak nak.hanya baring lembik je..badan halus n main pun ala kadar je.memang nampak slow la budak ni..

kesudahanya g check pakar rupanya anak dia ada prob kat otak.tak nak membesar n tak progress.pas tu mcm2 usaha dia buat sampaila skang ni anak dia dh umur 4thn baru merasa dapat berjalan setelah beribu habis duit g wat treatment dia pe sume..itu pun still nampak tk normal mcm budak2 lain.

tapi kadang2 aku tgk mak budak ni pun mulut leh tahan jgk bila dok mengata anak org lasak la,aktif la pe sume.mungkin ada sedikit pengajaran pada dia la..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 11:27 AM | Show all posts
anak me dah 8bulan, baru masuk dlm walker...nampak macam jakun sket ar...tu pun PIL yg belikan...

sebelum masuk walker mmg dah pandai merangkak sikit2 ar...so sejak masuk walker nih tgk lum ader pape perubahan lg...so xtau nak komen pape lagi terutaman pasal penggunaan walker..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2011 11:38 AM | Show all posts
anak ku yg no dua merangkak umur dia 9 bulan.yg 1st umur dia 6 bulan.beza kan..skrg pun yg no dua tu ...
LiliSam Post at 5-1-2011 16:24


me pun agak susah hati.. anak me yg pertama umur setahun dah berjalan.. yg 2nd belum setahun dah berjalan.. yg no.3 umur setahun 2 bln baru terkedek2 nak belajar jalan.. susah hati.. tp dah bwk jumpa paed.. me ckp dia dah memanjang, bergolek semua cukup.. cuma bab jalan sendiri tu je dia tak pandai.. doktor kata tak perlu risau... tp me still risau...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 02:27 PM | Show all posts
anak me baru dapat kaki ni...umo setahun 2 minggu... merangkak masa umo 7 bln.. gigi dh tumbuh 4 kt atas 2 kt bwh. mula2 dlu risau gak dah dkt umo setahun masih tak nk jalan.. tp ok laa now ni dia dh jalan. bila dh jalan ni tak larat lak nk kutip dia. asyik nk brjalan ke dapur jek..

anak biras me plak tak merangkak pun.. menerap, duduk, berdiri alih2 dh berjalan. masa anak me merangkak ritu dia sibuk nk merangkak gak padahal dh tua (2 thn lebih) heheheh saje je dia... so pada sape2 yg anaknye lambat skit nk merangkak or what tu, jgn laa risau as long as masa gi check up every month tu nurse tak ckp apa2 means oklaa tu.. anak me tu kecik ckit.. mkn byk tp tak mau besar. umo dh setahun tp baru 8kg.. huhuhuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2011 02:13 AM | Show all posts
Kami 6 adik beradik, mak cakap semua tak merangkak

Biar lah orang kata dia malas ke apa. Cepat merangkak bukan tanda dia rajin belajar dah besar nanti
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2011 11:43 AM | Show all posts
baby dahlia umur 6 bulan setengah..tak nak meniarap...letak duk terlentang je..tak nak balikkan badan..tapi dia aktif ..suka main...yang peliknye...bila hulur tangan..boleh pulak dia angkat badan n berdiri tegak...asyik nak kena pegang je ler sebab dia suka berdiri...kadang2 letak dia kat coffe table...suruh dia gantung kat situ...tak larat nak dukung slalu..dia tak nak baring telentang sorang2...asyik suruh angkat je...kaki dia lak kuat..boleh berdiri...leh gak duduk bila didudukkan sambil main mainan...sampai senget2 badan nak capai barang...memang aktif...tapi nape tak mau golek2 ye...mengiring je...ade ke budak leh jalan terus? pening kpala ku...tengok kat dia ok je bila main ngan abg n kakaknye...tgk abg dia buat lawak pun leh gelak sakan...nak kena bawak jumpa paed ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2011 03:02 PM | Show all posts
bb me dah nak masuk 10 bulan..merangkak pun belum lagi..dia cuma mengiring dan menggolek..tension gak sbb anak sblm ni 9 bulan dah berjalan..tapi me rasa bb ni di akan start berjalan bila dah setahun lebih kut..bb manja..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 12:32 PM | Show all posts
anak eda pon slow progress dia... tp alhamdulillah by now dah boleh jalan pon 21mths...
memang dari awal lagi sume pon slow... apa orang cakap kitorg mak pak dia terpaksa la pekak kan telinga....
-kepala tegak xde goyang2 @ 6-7 mths
-dapat duduk sendiri @ 9mths.. tu pun gigih la belajar ntah berapa kali terlangkup dahi berdarah2
-merangkak @ 1yr old.. hadiah hari jadi ni
-berjalan pon baru bulan lepas slow2 tatih @ 20mths.... now masih dalam fasa bertatih, laju skit dah.. tapi macam2 versi... cekak pinggang ada, peluk tubuh ada, berjengket ada, jalan sambil joget pon ada... macam2 padahal jalan pon still goyang2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 04:17 PM | Show all posts
10 Tips berguna dari Child Psychiatrist

Sekadar Perkongsian Ilmu Keibubapaan Buat Rakan-rakan Dari Sudut Psikologi Kanak-kanak.  

Sebenarnya aku berfikir panjangggggggg nak update pasal benda ni.
Dah lama sebenarnya rasa nak share.
Sejak 4 bulan lepas lagi.
Tapi bila nak share je mesti rasa macam malu la, takut ada orang terasa la, takut orang misinterpret la, takut orang ingat macam bagus la.
Macam-macam.

Tapi lama-lama aku fikir, semuanya bergantung kepada niat.
Kalau niat nak sebarkan manfaat, ok je kan?
Apa orang nak fikir, lantakkan lah.
Yang penting, DAPAT SEBARKAN MANFAAT.
Tu je.

Amboi mukaddimah dia.
Macam.
Bagus.
Je.
Puih.



Sebenarnya kan,
Beberapa bulan sebelum Haikal genap 2 tahun hari tu, kitorang ada jumpa Child Psychiatrist.
Nama dia Dr. Sherine.
Kalau kat Penang ni, Dr. Sherine ni memang well-known la.
Korang boleh jumpa dia kat Hospital Gleneagles, Penang.
Kepada yang tak tahu, Child Psychiatrist ni ialah pakar brain development dan behavior kanak-kanak.
Macam kalau dia tengok perangai sekian-sekian, dia dah boleh tahu apa masalah budak tu.
Gitu.

Aku rasa macam tak perlu kot nak explain kat sini kenapa kitorang bawak Haikal jumpa Child Psychiatrist tu.
Macam complicated pulak nak cerita sebab musabab nya.

So kita skip cerita tu.
Boleh naa?

Yang aku nak share kat sini ialah..
masa kitorang jumpa Dr. Sherine tu ada banyak sangat input yang berguna dia bagi.

Terutama anak-anak yang umur 0-3 years old.
Seriously berguna like hell.
In fact aku dah praktikkan beberapa tips yang doktor tu bagi.
Dan Alhamdulillah memang berkesan. =)

Ok aku buat dalam point form la eh.
Senang korang nak hadam.


1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin.

Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki.
Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc.
Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.
Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T
So mohon akur je lah dengan fakta yang diberikan ini.


2. Don't expose to too much things in a box.

"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni umur baru 4 tahun.
Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal.
Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Scary nak mampos hoiii.
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T

Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.
Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak.
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik.
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D

So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?

Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan.
Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"

Gitu.
Takut aku.

Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,

"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."

"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."

"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:

Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya.
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.
So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik.
So brain development pon berlaku dengan baik.

Gitu.

Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu.
Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham.
Maafkan saya, saya bukan Doktor. Dulu SPM Biologi B3 je. T_T


3) Stimulate their imitation skills.

Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling.
Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Camtu.
Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.
Lack of imitation skills.
So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill, attitude pon imitation skill, cara berfikir pon imitation skill, dan semua-semua tu pon related to brain development.

So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

Gitu.

Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).

Part ni aku terkedu.
Sebab Haikal memang tak merangkak langsung.
Dia tu kan dulu lepas meniarap, terus duduk.
Lepas duduk terus berdiri dan berjalan.
T___T

Tapi takpe. Dr. Sherine kata masih belum terlambat.
So sekarang hari-hari aku suruh Haikal jadi tiger.
Sebab nak suruh dia merangkak. Kahkah.

Bila anak jadi tiger, mak pon kena jadi tiger jugak ok.
Imitation skill. Ingat tu.
Tapi sorry gambar aku jadi tiger takde.
Garang sangat. Kang korang takut. ;D



4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.

Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.
Plus boleh belajar sambil bermain.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.
Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.
Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.
Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.
Macam tak elok sangat la kan.

Padahal aku pon banyak je belikan Haikal mainan otromen. T_T
Siap nak tidur pon, Haikal akan selimutkan otromen.
Mama dia dapat selimut sipi-sipi, sikit pon Haikal tak peduli. -..-


5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.

Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak,
better cakap,
"Elephant!"
bukan
"That is elephant!"
atau
"Wow u see that big elephant?"

Camtu.

Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Camtu.
Ajar word by word.
Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.

Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,

"Eat."
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."

"Sit."
bukan
"Come and sit beside Mama"
atau,
"Sit and keep quiet."

Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.


6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.

Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.

Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,
Suruh orang tu high five dengan anak kita tu.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan?
So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus, suruh high-5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D

Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat,
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.
Gitu.


7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.

Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.
Hoih mahu kau tak hangin kan??
So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal, better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.

Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.
Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak,
make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak.
Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut.
Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.

Kalau anak kau baring, kau pon kena baring.
Punya gigih nak mata satu level tadi kan. -..-


8) Overly-attached to one person is not a good sign.

Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat.
So itu petanda tak bagus.
Something wrong with his self-esteem.
So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially family members.


9) Bila bermain, follow his interest.

Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal.
Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.
Gitu.
Ikut kehendak anak pada ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan.
Haruslah dimarahin dong.


10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.

Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.

Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Haikal menangis?"

Tapi Haikal diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.
So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam

"Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"

Itu contoh.
Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.
At least soalan dah terjawab.
Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.


Ok tu je 10 tips yang dapat dikongsi.
Lagi sekali, tips-tips ni ialah dari Dr. Sherine, Child Psychaitrist dari Hospital Gleneagles.
Bukan keluar dari mulut aku ye. Bukan aku reka ke apa.
Cuma aku tulis ni ikut bahasa aku la kan. Supaya korang pon senang nak faham.

Niat aku satu je.
Nak share supaya korang pon sama-sama dapat manfaat.
Sebab seriously semua tips ni aku dah try dan setakat ni Alhamdulillah,
aku nampak kesan positif pada Haikal.
Kesan dia sangat drastik ok.
Sebab budak 0-3 y.o. ni development diorang memang lajuuuuuu.
So korang kena cepat praktikkan tips-tips di atas. =)

Tapi of course semuanya berlaku dengan izin Allah.
Tapi tak salah kita ikhtiar yang terbaik dan termampu.
Part usaha, doa, tawakkal tu kan tugas kita.
InsyaAllah, outcome dia nanti menggembirakan kita.
Sebab Allah tak pernah kecewakan hamba dia yang berusaha bhai..



Sumber : http://saatakukaupilih.blogspot. ... d-psychiatrist.html
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak aku dl lg best x de merangkak pon.. Dr baring golek2... Esot2 terus capai sofa terus berdiri... 6 bulan dah
Berdiri lps tu bertatih ni pon x nak org pegang dia pegang sofa jalan sendiri...  Kaki dpt cepat tp mulut payah sikit umur 3 tahun br start celoteh adoii penat lak dgr mulut dia membebel je...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 10:26 PM | Show all posts
doktor i tak galakkan masuk walker..anak i tak penah pon gune walker...ade walker letak je nanges,,,doktor i cakap biar dia belajar step by step..kalo slalu ltak kt walker mmg rasenye baby xmo mrangkak
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2014 03:34 AM | Show all posts
abadi84 posted on 6-1-2011 08:46 AM
oh,x jadi masalah lah yea.. igatkan sbb penggunaan walker.. sy terkadang sampai termimpi2 anak meran ...

Sampai hati org cakap baby pemalas.. baby jer pun.. haish.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2014 03:45 AM | Show all posts
Progress baby kan lain2, kecuali kalau range tu terkeluar jauh sgt dari norms bolehla ty2 paed.
My doter meniarap umur 3 bln, pgg botol sendiri umur 4 bln tp by now, 4m++ still terbalik sebelah saja. Tgh explore sbelah lagi, terkial2.. rasa mcm lama pulak meniarap belum golek2 sgt.
Tangan aktif mmegang & menarik, sbb dibiasakan dgn baby gym..
I perasan mata dia agak alert sbb boleh nampak kita dari jauh, anak mata ikut kita jln ke mana...
Suka tgk cartoon
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 01:45 PM | Show all posts
tak payah la nk risau....anak akak, nak masuk 12 bulan baru merangkak, seblom ni asyik menyulur ja..13 bulan baru berjalan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 06:12 PM | Show all posts
anak2 saya mmg lambat merangkak..tp saya buat trick..beli mainan yg blh gerak2 ada lampu2 bagai..kuda ke..arnab ke..kereta ke..on kan mainan tu tp letak jauh sket dr dia..bl dia nmpak terus excited nk kejar2..asal dia dh dekat nk capai je mainan tu..saya jauhkan sikit..pstu xlama tu dh blh merangkak..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 12:10 PM | Show all posts
Normal bagi budak2 yang masuk walker awal..dua2 ank 2nd dan 3rd mmg tak merangkak langsung..sbb letak dalam walker masuk 5 bulan..masuk 10 bulan plus..lepas pandai duduk sendiri, terus je berpaut bangun kat kerusi dan jalan...kiranya semua step ada kecuali merangkak..dun worry..

Anak 1st je yang lengkap semua step... Last edited by julia5094 on 11-2-2014 12:12 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.492071 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list